suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adik perempuan masih fasa ‘bulan madu’, tapi abang kerap bertandang macam hotel transit... Makin melampau mak pun sokong!

Sikap ahli keluarga yang gemar menumpang boleh mengundang rasa tidak selesa. -Gambar hiasan AI

IMPIAN pasangan pengantin baharu untuk menikmati keindahan hidup berumah tangga dengan lebih privasi tercalar apabila kediaman mereka sering dijadikan tempat transit oleh ahli keluarga.

Itulah situasi merunsingkan yang dihadapi seorang wanita selepas rumah yang didiaminya bersama suami kerap menjadi tempat abang kandungnya bertandang setiap kali mempunyai urusan kerja di kawasan sekitar.

Lebih mengecewakan apabila tempoh persinggahan tersebut adakalanya berlarutan sehingga seminggu.

"Aku tak selesa abang menumpang lama-lama di rumah aku, tapi mak selalu cakap... mudah-mudah je abang makan, masak biasa-biasa je.

Setiap anak pasti akan mendapatkan pandangan daripada ibu dan ayahnya. -Gambar hiasan AI

Setiap anak pasti akan mendapatkan pandangan daripada ibu dan ayahnya. -Gambar hiasan AI

"Bukan nak berkira tapi aku ke yang nak kena tanggung? Dia dah kerja tapi selalu pergi merata negeri dan kadang kala transit sekejap di rumah aku ni, pernah sampai seminggu," luahnya di Thread.

Menurutnya, perasaan semakin terganggu disebabkan sikap abangnya yang kurang menjaga kebersihan terutama selepas makan.

Malah katanya, dia pernah menyaksikan pinggan dan cawan yang digunakan abangnya, dibiarkan selama dua tiga hari di atas meja.

"Aku boleh saja tolong simpankan, tapi kerap sangat. Lepas tegur dia buat balik, tegur macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

  • Wanita rimas abang kerap menumpang di rumahnya sehingga seminggu.
  • Abang didakwa mengabaikan kebersihan walaupun sudah ditegur.
  • Cadangan berkongsi bayaran sewa ditolak abangnya.
  • Abang sering datang tanpa memaklumkan atau meminta izin.
  • Netizen mencadangkan wanita menggunakan ketegasan suami untuk menjaga privasi.

"Aku baru kahwin tak sampai lima tahun dengan suami, masih nak berbulan madu walaupun di rumah sendiri dan perlukan privasi," ujarnya sambil menyatakan dia dan suami sedang berusaha mengurangkan perbelanjaan berikutan kos kehidupan di bandar.

Konflik itu bertambah runcing apabila cadangannya supaya si abang turut berkongsi membayar sewa rumah ditolak mentah-mentah oleh lelaki berkenaan.

Apa yang menambah rasa kurang senangnya ialah abangnya  kerap datang tanpa memaklumkan lebih awal atau meminta izin terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah sendiri tapi rasa menumpang... Ibu tunggal penat tanggung 8 anak saudara, ambil keputusan ‘angkat kaki’

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jadi ‘pelarian’ sejak ibu mentua datang menumpang, suami pula suka-suka biar abang penagih masuk rumah

Perkongsian tersebut mendapat perhatian meluas warga maya yang rata-ratanya simpati dengan nasib wanita itu dan mencadangkan agar dia menggunakan 'kuasa veto' suami bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

"Guna kuasa veto suami je. Cakap yang suami tak selasa nak izinkan bermalam sekarang ni.

"Selalu minta pinjam duit dia, jangan bayar selagi dia tak meletup," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain