Segelintir wanita berasa tidak selesa apabila terpaksa tinggal bersama ibu mentua dan abang ipar lelaki. -Gambar hiasan AI
SEBELUM ini ramai sudah berkongsi pengalaman tinggal bersama keluarga mentua yang lebih banyak mendatangkan masalah berbanding kebaikan.Seperti wanita ini, kehidupannya berubah 360 darjah sejak sebumbung dengan ibu mentua sehinggakan berasa terasing di rumah sendiri. Tidak hanya itu, wanita ini mendakwa kesihatan mentalnya turut terganggu apabila terpaksa 'menelan' semua perkara yang berlaku terhadapnya.Berkongsi situasi dialami, segalanya bermula apabila ibu mentuanya yang merupakan warga Indonesia kehilangan tempat berteduh selepas kematian bapa mentua. Pasangan suami isteri perlu berbincang mengenai urusan keluarga bagi mengelakkan salah faham. -Gambar hiasan AI"Ibu mentua kena halau dari rumah selepas suaminya meninggal dunia, dia pula masih menggunakan pasport."Suami merupakan anak bongsu, jadi kami dengan rela bagi tumpang sementara tanah rumah dia siap ditambak."Awal-awal dulu okay je, tapi lama kelamaan, jadi hilang personal space," luahnya di Thread.Lebih merengsakan apabila kakak ipar yang belum berkahwin turut menumpangkan barang-barang di rumahnya kerana terpaksa menyewa bilik.Wanita tertekan lepas mentua tinggal serumah.Rumah jadi sempit, barang ipar-duai bertimbun.Abang ipar keluar masuk sesuka hati, ganggu privasi.Suami tak bela, malah marah isteri.Netizen nasihat bincang serius atau duduk asing.Ringkasan ini dijana oleh AISituasi yang berlaku itu menyebabkan ruang di rumahnya menjadi semakin padat. "Bayangkan tiga buah rumah punya barang letak dalam satu rumah. Belum lagi masuk abang ipar yang belum berkahwin, tapi mujurlah suami pun tak bagi dia tinggal bersama."Lagipun dia 'menghisap', jadi dia tinggal di tempat lain dan hanya datang untuk makan, mandi sahaja," adunya lagi.Dia yang pada awalnya 'reda' mulai berasa rimas apabila abang iparnya mula memasuki rumah tanpa pengetahuan mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Mentua kaki pusing, guna suami ambil ‘personal loan’ buat rumah... Lepas siap ipar-duai ‘rasmi’ dulu, pemilik disuruh pindah!ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya menumpang jadi kena sedar diri' – Isteri penat urus rumah mentua, lepas iftar biar pinggan tak cuciKeberadaan lelaki itu membuatkan dia terpaksa mengenakan tudung apabila berada di rumah sendiri kerana bimbang aurat terdedah.Apa lebih menyedihkan, luahan hati kepada suaminya tidak mendapat pembelaan, malah dia pula yang dituduh tidak bertimbang rasa terhadap keluarga sendiri."Aku dah cakap dekat suami tapi dia marah balik, cakap aku ini tak bertimbang rasa dan buat keluarga dia macam tu."Apabila jadi macam ini, aku jadi menyampah dengan suami sendiri sebab dia dah berani nak maki aku," tambahnya yang memilih untuk memendam perasaan ketika ini.Reaksi netizen.Malah katanya, bagi mengelakkan perbalahan berlaku, dia mengambil keputusan tidak pulang ke rumah apabila melihat motosikal abang iparnya selain meluahkan hasrat menyewa sebuah bilik berhampiran tempat kerja.Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan menasihatinya untuk berbincang secara serius dengan suami."Berkahwin ini bukan dengan pasangannya tapi dengan keluarga dia, sebab itu kena tapis dulu."Sewa satu bilik yang dekat dengan tempat kerja, suami pun tak defend awak jadi lebih baik jaga diri," demikian reaksi netizen.