HIDUP bersama ahli keluarga yang terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang memang menguji kesabaran selain penuh luka dan tekanan.Menurut seorang gadis, dia bergelut dengan tekanan emosi apabila keluarganya menjadi porak peranda kerana tabiat buruk abangnya yang ketagihan dadah. "Abang saya hisap dadah mushroom sudah lebih lima tahun. Dari zaman dia sekolah, keluarga saya dah buat macam-macam supaya dia berhenti.Segelintir ibu bapa sanggup bergolok gadai demi menjamin anak mereka yang ditangkap polis. -Gambar hiasan AI"Dah bergolok gadai duit untuk dia tapi dia tetap macam tu je. Dia kerja, kemudian berhenti. Belajar pun tak habis."Tiga kali masuk universiti swasta tapi separuh jalan. Hangus duit keluarga."Kami juga kerap bergaduh disebabkan abang. Mak saya sampai sesak nafas dan sakit dada. Ayah pun banyak diam je," luahnya.Gadis luah tentang abangnya yang terlibat dengan bahan terlarang.Perkara itu berlarutan sejak abangnya masih bersekolah lagi.Abangnya juga banyak menyusahkan keluarga termasuk dari segi wang ringgit.Netizen beri saranan agar abangnya diserahkan kepada pihak berkuasa.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam hantaran di Threads, gadis itu turut meminta pendapat orang ramai untuk menangangi masalah sedang melanda keluarganya."Ada sesiapa berpengalaman benda macam ini? Boleh tak kongsi cara nak pulihkan dia?"Saya dah buntu sangat. Setiap kali tiada duit, sampai kena pinjam. Kerja pun tak ada, tapi sibuk nak buat loan beli motosikal. Penatlah kena tanggung hutang abang sebab dia malas kerja," luahnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pemuda insaf ambil dadah, mohon maaf dengan ibu gagal jadi anak baik - “Kena ingat, kita ada keturunan”ARTIKEL BERKAITAN: Abang 9 kali keluar masuk penjara sebab dadah, keluarga sibuk carikan jodoh... Percaya mampu berubah kalau dah beristeriDi ruangan komen, ada netizen turut mencadangan agar gadis itu memutuskan hubungan dengan abangnya selain melaporkan kepada pihak berkuasa."Laporkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Barulah dia ada akal."Masukkan dalam lokap, biar dia bertaubat sikit. Makin bebas, makin rosak nanti," tulis beberapa netizen.