Setiap pasangan pasti pernah melalui fasa jatuh bangun dalam kehidupan, termasuk saat berdepan kesempitan dan cabaran kewangan. -Gambar hiasan AI
SETIAP individu pasti pernah melalui fasa kesempitan hidup, khususnya melibatkan kewangan sehingga terpaksa berkira-kira menguruskan perbelanjaan. Ada yang terpaksa menangguhkan keperluan tertentu demi memastikan kelangsungan hidup keluarga tidak terjejas. Namun, di sebalik kesukaran tersebut, rezeki sering hadir dalam bentuk yang tidak disangka-sangka sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini. Biarpun sudah hampir empat tahun berlalu, namun detik paling sukar dalam hidupnya itu masih segar dalam ingatan.Sikap membantu orang lain dalam kesusahan adalah amalan terpuji. -Gambar hiasan AIMenurutnya, kejadian berlaku ketika dia dan isterinya singgah membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya.Sebelum membuat sebarang pembelian, dia terlebih dahulu menyemak baki akaun bank bagi memastikan jumlah yang ada mencukupi untuk menampung keperluan keluarga sepanjang bulan berkenaan."Ada RM800, aku cakap dekat isteri, cukup untuk beli susu, lampin anak dan barang dapur."Sampai kaunter, jumlah lebih kurang RM300. Dalam kepala, masih ada baki RM500 lagi. Sekali nak bayar tak lepas," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: “Ambil la bang, buat penuh beg saya je” - Pemuda terkedu budak pulangkan duit raya, siap ‘sedekah’ RM1!ARTIKEL BERKAITAN: Bengang wanita pesan wagyu masa ‘first date’, maruah pemuda tercalar dilabel miskin... Terus kena ‘block’ lepas bayarLelaki itu kemudian menyedari bahawa wang dalam akaunnya telah pun ditolak lebih awal menerusi sistem autodebit bagi pembayaran ansuran kereta.Ini sekali gus menyebabkan baki yang disangkakan masih mencukupi itu tidak lagi berbaki seperti yang diharapkan."Selalu potongan setiap 15 hari bulan tapi masa tu baru 4 hari bulan."Satu kaunter tengok kami suami isteri cancel satu-satu barang. Perasaan tu susah nak jelaskan," ceritanya.Namun ujarnya, dalam situasi yang agak kelam kabut itu, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang tidak dikenali tampil menghulurkan bantuan."Dia suruh ambil balik semua barang yang kami cancel, dan dia bayarkan. Walaupun kami cuba tolak."Sampai sekarang, bila teringat abang tu aku cuma mampu doakan Allah murahkan rezeki dia, panjangkan umur, dan beri kesihatan yang baik," katanya.Seorang lelaki berkongsi pengalaman gagal membuat bayaran di kaunter.Dia dan isteri terpaksa membatalkan satu demi satu barangan keperluan sambil diperhatikan orang ramai.Situasi itu berubah apabila seorang lelaki tidak dikenali tampil membayar semua barangan mereka.Lelaki berkenaan mengakui masih mengingati jasa individu tersebut dan tidak putus mendoakannya.Pengalaman itu menjadi titik perubahan buatnya untuk turut membantu orang lain.Ringkasan ini dijana oleh AITambahnya, detik itu benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam dalam dirinya sekali gus menjadi titik perubahan yang mendorongnya untuk turut sama berusaha membantu orang lain."Abang tu sebenarnya telah mengajar saya dan sekarang saya buat balik macam abang tu, dengan membantu orang lain dalam kesusahan," katanya. Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen, yang rata-ratanya memuji tindakan individu berkenaan kerana telah menjadi asbab kepada perubahan hidup lelaki itu, sehingga kini turut terdorong untuk membantu orang lain pula. "Asbab satu kebaikan boleh bawa kepada kebaikan seterusnya. Abang tu bantu encik, encik bersedekah pula. Inilah keberkatan," komen warga maya.