KOMUNIKASI menjadi kunci dalam mengekalkan keharmonian sesebuah rumah tangga dan tanpanya ia boleh menyebabkan pelbagai salah faham di antara suami isteri.Seorang wanita berkongsi dia bertindak keluar dari rumah selepas tidak tahan dengan sikap acuh tak acuh suaminya sehingga merasakan dirinya terabai. Cerita wanita itu, lebih menyucuk hati, suaminya langsung tidak mencarinya dan membuatkan dia nekad meninggalkan lelaki tersebut."Kali ini saya tak cakap apa-apa. Saya block dan tinggalkan rumah dan sampai sekarang dia tak cari saya."Sebelum ini kalau bergaduh, mesti saya menangis tapi kali ini langsung tiada air mata.Tak semua lelaki mampu membawa pasangan mereka menikmati makan malam romantis. -Gambar hiasan AI"Mungkin sekarang suami rasa tenang tapi dia tak tahu yang saya tengah belajar untuk hidup tanpa dirinya," tulis wanita itu menerusi hantaran di aplikasi Threads.Bercerita lanjut, wanita itu berkongsi beberapa perkara yang menyebabkan dia terasa hati dengan sikap suaminya termasuk sikap defensive lelaki tersebut."Suami kata dia penat buat dua kerja. Balik lambat kena soal dengan saya."Dia jadi defensive bila ditegur lepak dekat parking 20 minit sebelum naik rumah. "Saya pula suri rumah sepenuh masa, 24 jam dekat rumah. Sumpah saya burn out gila. Dia balik pukul 7. Pukul 8 dah keluar balik untuk buat Grab. Isteri dedah suami buat dua kerja tapi masih belum mampu menyara keluarga.Wanita itu terpaksa guna duit sendiri sekiranya kehabiskan bahan untuk memasak.Dia juga kerap terasa hati dengan sikap suaminya yang susah untuk berkomunikasi.Wanita itu keluar dari rumah kerana sudah tidak tahan dengan suaminya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dalam masa sejam tu, dia mandikan dan main dengan anak. Jadi ada la masa sejam untuk saya mandi dan solat tanpa gangguan.'Saya bersyukur tapi yang buatkan saya marah sebab dia susah nak update bila dah pergi kerja. "Saya call dia tak angkat. Pergi gym pun tak cakap. Dia pergi ke mana-mana langsung tak update," luah wanita itu.Bukan sahaja terkilan dengan sikap suami, wanita tersebut mendedahkan dia juga perlu mengeluarkan belanja sendiri kerana tidak mendapat wang mencukupi daripada suami."Walaupun dia buat dua kerja, saya tak pernah rasa hasil macam fancy dinner atau elaun tambahan. Kalau tiada bahan nak masak, saya kena keluarkan duit sendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Suami sanggup buat 2 kerja, semua gaji guna untuk famili... Isteri tetap tak puas hati, sebabnya tak bantu buat kerja rumahARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami pemalas, suka reka cerita nak nampak hebat...Wanita mula tawar hati, penat buat 4 kerja serentak!"Kalau minta, dia mesti tak dapat bagi lebih daripada RM10. Saya susah nak keluar tengah hari dengan anak yang sedang lasak," luahnya lagi.Perkongsian wanita itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang dilalui.Ada menasihatkan agar dia berbincang secara baik dengan suami demi mencari jalan penyelesaian, selain menekankan kepentingan komunikasi dalam rumah tangga."Duduk, communicate dan, please.. Lebihkan pakai telinga daripada mulut."Entahlah korang. Berlumba-lumba terpaling penat, tapi masing-masing tak nak betul-betul memahami satu sama lain," demikian antara komen netizen.