Emas merupakan aset mudah cair yang sering digunakan ketika seseorang mengalami masalah kewangan. -Gambar hiasan AI
BERADA di titik terendah dalam kehidupan bukanlah sesuatu yang mudah dilalui oleh sesiapa sahaja, terutama mereka yang bergelut dengan masalah kewangan.Kesengsaraan lebih dirasai apabila terpaksa melepaskan barang berharga demi memastikan diri dan keluarga terus bertahan. Begitulah yang dialami wanita ini apabila terpaksa menempuh fasa sukar dalam perjalanan hidupnya.Barang kemas miliknya yang terpaksa dijual.Lebih menambah rasa pilu apabila dia turut mendedahkan beberapa koleksi barang kemasnya terpaksa dijual."Titik terendah seorang wanita, terpaksa jual semua demi kelangsungan hidup."Semoga ada rezeki lain, siapa senasib bagi semangat sikit pada para suri rumah," luahnya di Threads.Wanita kongsi detik ‘titik terendah’ hidup.Terpaksa jual barang kemas demi kelangsungan hidup.Dedah koleksi emas cecah ratusan gram.Akui sukar, mohon semangat daripada orang ramai.Netizen beri kata semangat, anggap emas simpanan kecemasan.Ringkasan ini dijana oleh AIMenerusi gambar yang dikongsikan, pelbagai koleksi barang kemas termasuk rantai tangan jenis 'lipan' dan subang dianggarkan menjangkau berat ratusan gram.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.ARTIKEL BERKAITAN: Suami mungkir janji, suruh isteri buat ‘personal loan’ tapi tak bayar balik! Akhirnya terpaksa jual emas nak langsai hutangARTIKEL BERKAITAN: Kewangan sesak, wanita nekad gadai subang anak! Tak sangka ada rezeki lain, emas putih tiba-tiba bernilai"Jangan sedih, itu harta dunia, kita masih boleh terus berusaha... apabila jatuh, bangun balik dan teruskan perjalanan."Kena tukar mindset, emas adalah simpanan dan duit yang dibekukan untuk kegunaan kecemasan."Allah nilai setiap pengorbanan yang awak buat dan gantikannya dengan yang lebih baik," demikian reaksi warga maya.