Pemilihan makanan yang berkhasiat bukan sahaja penting untuk kesihatan tubuh, malah turut memainkan peranan dalam menyokong kualiti sperma dan kesuburan lelaki. -Gambar hiasan AI
RAMAI dalam kalangan kaum Adam yang mungkin tidak terlalu memikirkan tentang kesihatan prostat ketika masih muda.Namun, apabila usia semakin meningkat, risiko mengalami masalah berkaitan prostat turut bertambah. Antaranya termasuklah masalah sukar mengawal kencing atau inkontinens, gangguan fungsi seksual dan kanser prostat.Walaupun terdapat beberapa faktor yang sukar dielakkan seperti usia dan sejarah keluarga, namun gaya hidup yang sihat boleh membantu mengurangkan risiko masalah berkaitan prostat.Salah satu langkah paling mudah untuk dimulakan adalah melalui pemakanan seimbang.Prostat merupakan sejenis kelenjar yang mempunyai banyak saluran darah.Justeru, makanan yang baik untuk kesihatan jantung dan salur darah juga boleh memberi manfaat kepada kesihatan prostat.Jadi, apa yang patut ada dalam pinggan lelaki?1. Sayur-sayuran jenis cruciferousAntara sayuran yang tergolong dalam kumpulan ini adalah brokoli, kubis bunga, kubis, kailan atau kale, dan bok choy.Sayuran ini kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang membantu mengurangkan keradangan serta menyokong kesihatan prostat.Ia juga mengandungi fitokimia, iaitu sebatian semula jadi dalam tumbuhan yang diketahui mempunyai potensi membantu menghalang pertumbuhan sel kanser.2. Pilih lemak yang lebih sihatBukan semua lemak perlu dielakkan.Lemak yang baik untuk kesihatan jantung seperti minyak zaitun, minyak sayuran dan asid lemak omega-3 yang terdapat dalam ikan seperti salmon boleh menjadi pilihan.Pada masa sama, pengambilan lemak tepu daripada produk haiwan seperti produk tenusu, daging merah dan mentega wajar dikurangkan.3. Kekacang dan biji ramiBiji rami atau flaxseed mungkin kecil saiznya, tetapi kaya dengan nutrien.Ia mengandungi lignan, serat dan asid lemak omega-3.Kandungan antioksidan dalam biji rami juga dikaitkan dengan manfaat terhadap kesihatan jantung.Malah, beberapa kajian menunjukkan biji rami mempunyai ciri melawan kanser yang berpotensi membantu melindungi daripada kanser prostat.Kekacang seperti walnut, kacang Brazil dan badam pula membekalkan nutrien seperti vitamin E yang baik untuk kesihatan jantung, membantu mengurangkan keradangan dan berpotensi memainkan peranan dalam pencegahan kanser.4. Lebihkan buah-buahanBuah-buahan sememangnya antara pilihan yang mudah untuk dimasukkan dalam diet harian.Antara yang boleh diberi perhatian adalah buah beri kerana ia tinggi dengan vitamin C.Pengambilan vitamin C dikaitkan dengan pengurangan gejala benign prostatic hyperplasia (BPH) atau pembesaran prostat bukan kanser.5. Kekacang dan makanan berasaskan tumbuhanKacang merah, lentil, kacang tanah dan kacang soya merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan pelbagai nutrien penting.Ia membekalkan zat seperti zat besi, serat, folat, magnesium dan kalium.Makanan ini juga mengandungi fitoestrogen, iaitu sebatian tumbuhan yang berpotensi membantu mengawal hormon seks dan hormon pertumbuhan dalam tubuh.6. TomatoTomato mengandungi likopena, sejenis antioksidan yang dipercayai dapat membantu melindungi sel daripada kerosakan dan berpotensi memberikan perlindungan terhadap kanser prostat.Menariknya, likopena lebih mudah diserap oleh tubuh apabila tomato dimasak atau dikisar.7. Pilih protein yang lebih baikDaging merah tidak semestinya perlu terus disingkirkan daripada menu, tetapi pengambilannya boleh dikurangkan.Sebaliknya, pilih sumber protein yang lebih rendah lemak seperti ikan dan ayam.Berikut pula merupakan tujuh tip diet mudah untuk kesihatan prostat1. Utamakan makanan segar.2. Kurangkan makanan diproses.3. Pilih protein tanpa lemak.4. Kurangkan pengambilan alkohol.5. Jangan berlebihan dengan produk tenusu.6. Kurangkan makanan tinggi garam dan gula.7. Tukar kepada lemak berasaskan tumbuhan ketika memasak.