MENCARI pasangan hidup untuk bersama hingga ke akhir hayat bukanlah mudah.Selain keperibadian dan sikap, ada yang turut mementingkan tahap pendidikan, kestabilan kewangan serta latar belakang keluarga. Namun, cara pasangan berkomunikasi juga tidak kurang pentingnya dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga agar ia kekal selamanya.Perkara itu menjadi perbincangan di media sosial apabila seorang wanita berkongsi pengalaman perkahwinannya yang berakhir selepas 11 tahun.Menurutnya, sikap lelaki itu yang gemar memendam perasaan demi mengelakkan konflik akhirnya menjadi antara punca perkahwinan mereka berakhir.“Selepas bercerai, saya belajar bahawa penting untuk mencari seseorang yang tahu meluahkan perasaan, bukannya memendam segala-galanya kerana perkara itu boleh menjadi racun.Teknik komunikasi yang betul sangat penting dalam menjaga keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan AI“Bekas suami saya seorang yang baik. Kami juga pasangan serasi, cuma dia tidak pernah meluahkan perasaan atau keinginannya, sebaliknya hanya membuat andaian sendiri mengenai saya.“Akhirnya, apabila semuanya sudah terlambat, dia menyesal kerana tidak berkomunikasi sejak awal. Perkahwinan kami yang dibina selama 11 tahun berakhir disebabkan perkara itu,” katanya.Perkongsian itu mengingatkan kita bahawa komunikasi terbuka penting dalam rumah tangga agar pasangan dapat memahami keperluan masing-masing dan menyelesaikan masalah sebelum keadaan menjadi lebih rumit.Berikut mStar kongsikan lima cara pasangan berkomunikasi untuk elak konflik dalam hubungan:1. Luahkan perasaan secara terbukaJangan pendam rasa kecewa, sedih atau tidak puas hati terlalu lama.Beritahu pasangan tentang perasaan anda dengan cara yang baik sebelum perkara kecil menjadi lebih besar.2. Pilih masa yang sesuai untuk berbincangElakkan membincangkan isu sensitif ketika sedang marah atau penat.Beri ruang kepada diri masing-masing untuk bertenang sebelum mencari jalan penyelesaian.Kegagalan dalam komunikasi boleh membawa kepada konflik lebih besar. -Gambar hiasan AI3. Dengar tanpa terus menghukumBeri peluang kepada pasangan untuk menjelaskan perasaannya tanpa menyampuk atau terus menyalahkan. Cuba fahami sudut pandang masing-masing walaupun tidak bersetuju.4. Elakkan membuat andaian sendiriJangan menganggap pasangan tahu apa yang anda fikirkan atau mahukan.Sebaliknya, bertanya dan berbincang secara terus supaya tidak berlaku salah faham.5. Fokus pada penyelesaian, bukan mencari salahKetika berlaku perselisihan faham, bincangkan cara untuk memperbaiki keadaan dan bukannya mengungkit kesilapan lalu.Ingat, pasangan ialah teman untuk menyelesaikan masalah bersama, bukannya musuh yang perlu dikalahkan.