suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak perlu bermasam muka, lima cara ini mampu elak konflik ibu mentua dan menantu perempuan... Paling penting jangan paksa suami pilih ‘side’

Konflik berterusan antara menantu dan mentua boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

HUBUNGAN antara menantu perempuan dengan ibu mentua sering dikaitkan dengan konflik, daripada teguran kecil menggores hati hingga perbezaan pendapat dalam menguruskan rumah tangga atau membesarkan anak. 

Sebagai contoh, seorang ibu mentua mungkin menegur cara menantunya menjaga anak kerana menganggap kaedah diamalkan sejak dahulu lebih baik. 

Namun, si menantu pula mungkin menganggap teguran itu sebagai tanda dirinya kurang dipercayai atau tidak pandai menguruskan keluarga.

Hakikatnya, perbezaan pendapat tidak semestinya membawa kepada pergaduhan. 

Sebaliknya, komunikasi jelas, sikap saling menghormati dan kesediaan memahami perspektif masing-masing dapat membantu mengelakkan konflik daripada menjadi lebih serius.

Berikut lima cara yang boleh diamalkan menantu perempuan dan ibu mentua untuk membina hubungan lebih harmoni.

Cara teguran yang salah sememangnya boleh mengguris hati menantu. -Gambar hiasan AI

1. Pilih masa yang sesuai untuk berbincang

Perbincangan mengenai perkara sensitif sebaik-baiknya dilakukan ketika kedua-dua pihak berada dalam keadaan tenang.

Mengungkit sesuatu isu ketika sedang marah atau di hadapan ahli keluarga lain boleh menyebabkan seseorang berasa malu, terhina atau sukar menerima teguran.

Sebagai contoh, jika menantu tidak bersetuju dengan cara ibu mentua menguruskan sesuatu perkara, dia boleh mengajak mentua berbincang secara peribadi apabila keadaan lebih sesuai.

Begitu juga, ibu mentua boleh menegur menantu dengan baik tanpa menjadikan perkara tersebut sebagai bahan perbualan ketika keluarga berkumpul.

2. Gunakan bahasa yang sopan dan tidak menyalahkan

Cara sesuatu perkara disampaikan boleh mempengaruhi bagaimana mesej itu diterima.

Ayat yang kedengaran seperti tuduhan berpotensi membuatkan seseorang bersikap defensif, walaupun niat asalnya sekadar mahu menyuarakan pendapat.

Sebagai contoh, daripada berkata, “Mak selalu masuk campur urusan rumah tangga kami,” menantu boleh menggunakan ayat seperti, “Saya hargai niat mak untuk membantu. Cuma, saya harap kami dapat cuba uruskan perkara ini dengan cara kami sendiri dahulu.”

Pada masa sama, ibu mentua juga boleh mengubah teguran seperti, “Kamu tak pandai jaga anak,” kepada, “Mak ada sedikit pengalaman tentang perkara ini. Kalau kamu selesa, mak boleh kongsikan.”

Pemilihan kata yang lebih lembut membolehkan sesuatu isu dibincangkan tanpa menjatuhkan maruah mana-mana pihak.

Menantu perlu melayan dan menghormati mentua seperti ibu bapa sendiri. -Gambar hiasan AI

3. Hormati perbezaan pandangan dan cara hidup

Setiap generasi membesar dalam keadaan dan persekitaran yang berbeza. Oleh itu, tidak semua pandangan mengenai kehidupan berkeluarga perlu sama.

Sebagai contoh, ibu mentua mungkin terbiasa menyediakan makanan untuk seluruh keluarga setiap hari, manakala menantu yang bekerja lebih selesa menyediakan makanan secara ringkas atau membeli makanan apabila terlalu sibuk.

Perbezaan tersebut tidak semestinya menunjukkan salah satu pihak malas atau tidak menghargai keluarga.

4. Tetapkan batas yang jelas tanpa memutuskan hubungan

Hubungan yang rapat tidak bermakna seseorang perlu mengetepikan semua keperluan dan privasi sendiri.

Menantu dan ibu mentua perlu memahami batas masing-masing, khususnya berkaitan kehidupan rumah tangga, kewangan, penjagaan anak dan urusan peribadi pasangan.

Sebagai contoh, jika ibu mentua sering datang ke rumah tanpa memaklumkan terlebih dahulu, menantu boleh berbincang dengan suaminya sebelum menyampaikan permintaan supaya lawatan dimaklumkan lebih awal.

5. Jangan jadikan suami sebagai alat untuk memanjangkan konflik

Dalam hubungan antara menantu perempuan dan ibu mentua, suami sering berada dalam kedudukan yang sukar apabila berlaku perselisihan antara dua pihak berkenaan.

Walaupun suami boleh menjadi orang tengah, dia tidak sepatutnya dipaksa memilih salah satu pihak atau digunakan untuk menyampaikan sindiran yang boleh memburukkan keadaan.

Sebagai contoh, jika menantu terasa hati dengan teguran ibu mentua, dia boleh menjelaskan kepada suami perkara yang berlaku dan perasaannya tanpa mendesak suami memutuskan hubungan dengan ibunya.

Suami pula perlu mendengar kedua-dua pihak secara adil dan membantu mencari penyelesaian, bukannya memperkecilkan perasaan isteri atau menganggap ibunya sentiasa betul.

Artikel Lain