PELAKON Erysha Emyra mendedahkan dia mengalami serangan panik ketika menghadiri majlis pernikahan rakan baiknya kerana tidak mampu menahan kesedihan mengenangkan pemergian bapa, Allahyarham Datuk Zakaria Abdul Rahman.Erysha atau nama sebenarnya Nur Erysha Emyra Zakaria, 26, berkata kejadian itu berlaku semasa dia menghadiri majlis pernikahan sahabatnya yang juga merupakan pencipta kandungan kecantikan iaitu Sofea Shra pada 6 Oktober lalu. Menurut Erysha, majlis berkenaan merupakan majlis pernikahan pertama yang dihadirinya selepas dia kehilangan bapanya pada 29 Mei lalu.Erysha sebak tidak berpeluang alami pengalaman seperti rakan baiknya.“Alhamdulillah, sekarang saya dah okay. Cuma ada masa saya masih terasa sakit dan ada masa emosi saya okay untuk bercakap mengenai perkara itu.“Kadang-kadang perasaan itu datang dan pergi. Hari itu, saya pergi ke majlis kahwin kawan baik dengan niat untuk berseronok, tetapi itu kali pertama saya menghadiri majlis nikah selepas pemergian arwah bapa.“Tiba-tiba saya mengalami serangan panik dan rasa seperti tidak boleh bernafas. Jadi, saya keluar dari dewan sekejap untuk menenangkan diri,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Erysha Emyra kongsi pesanan terakhir bapa sebelum meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: [V] Belum ada cincin di jari, Erysha Emyra jawab hubungan dengan Ariel Fesol... Mula rapat selepas berlakon bersamaDia berkongsi perkara itu ketika majlis pelancaran drama bersiri Viu, Bayangan Dendam, di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.Berkongsi lanjut, Erysha berkata perasaan panik itu timbul apabila melihat rakan baiknya dinikahkan oleh bapanya, sekali gus mengingatkan dirinya yang tidak berpeluang melalui pengalaman sama bersama arwah bapanya.Jelasnya, dia mengambil masa untuk menenangkan diri sebelum kembali ke dewan bagi meraikan hari bahagia rakannya itu. Kadang-kadang kita okay, kadang-kadang kita tak okay.ERYSHA EMYRAPELAKON“Keadaan itu berlaku sebab saya tengok kawan baik saya dapat dinikahkan oleh ayahnya, tetapi itu pengalaman yang saya tak dapat lalui.“Selepas keluar dari dewan, saya ambil masa untuk menenangkan diri. Saya beritahu diri sendiri banyak kali bahawa itu adalah hari bahagia kawan saya."Saya memang tak jadikan hari itu tentang diri sendiri, cuma perasaan itu tak dapat dikawal. Beberapa kawan turut membantu menenangkan saya. Apabila rasa dah okay, saya masuk semula ke dewan,” ujarnya.Dalam pada itu, Erysha mengakui masih dalam fasa bersedih dan sedang belajar menerima kehilangan insan tersayang itu.Emosi Erysha masih belum pulih selepas pemergian bapanya.Bagaimanapun, dia cuba menguatkan semangat dan menjalani kehidupan seperti biasa meskipun emosinya ada kalanya tidak menentu.“Tak tahulah, proses bersedih ini pelik. Kadang-kadang kita okay, kadang-kadang kita tak okay.“Jadi, saya masih mencuba dan menjalani semuanya mengikut keadaan,” katanya.Untuk rekod, bapa Erysha meninggal dunia pada 29 Mei lalu selepas berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU).