suria

Belum ada cincin di jari, Erysha Emyra jawab hubungan dengan Ariel Fesol... Mula rapat selepas berlakon bersama

Erysha (kiri) menjawab dakwaan gosip cinta dengan Ariel.

PELAKON Erysha Emyra menjelaskan hubungan rapatnya bersama penyanyi Ariel Fesol hanyalah sekadar teman dalam industri hiburan.

Menepis dakwaan mereka kini sedang bercinta, Erysha atau Nur Erysha Emyra Zakaria, 27, bagaimanapun memberitahu dia selesa berkawan dengan anggota kumpulan Alpha itu.

"Saya selesa berkawan dengan dia (Ariel), sama juga saya senang berkawan dengan sesiapa. Dia seorang lelaki yang baik dan sangat menghormati orang lain.

Erysha menyifatkan Ariel seorang lelaki baik.

Erysha menyifatkan Ariel seorang lelaki baik.

"Kalau di lokasi penggambaran pun saya nampak dia pandai bergaul dengan pasukan kami," katanya kepada mStar.

Erysha menjelaskan perkara tersebut susulan tular cerita yang mendakwa mereka kini sedang menjalinkan hubungan istimewa selepas sama-sama terlibat dalam drama Satu, Dua... Dia?

Tenang berdepan dakwaan sebegitu, pelakon ini juga menganggap ia sebagai satu lumrah yang perlu dihadapi dalam kerjaya seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Ariel Fesol makin dikenali... “Tak sangka Allah beri rezeki lebih”

ARTIKEL BERKAITAN: Ingat hidup cuma sementara, Erysha Emyra cari pedoman mahu jadi lebih baik

Dalam masa sama, dia juga sedar cerita yang tersebar itu membuatkan peminat berasa kurang senang.

"Saya rasa gosip seperti itu perkara biasa. Macam selalu saya cakap, bila digandingkan dengan mana-mana pelakon pun biasanya memang akan dikaitkan dengan gosip.

"Bila kita bekerjasama di set penggambaran selama dua atau tiga bulan bersama-sama, memang kita akan jadi rapat. Jadi saya teruskan berkawan sahaja," ujarnya.

Ditanya mengenai status dirinya, Erysha memberi bayangan dia masih belum mempunyai teman istimewa.

Ariel dan Erysha (kanan) digandingkan dalam drama Satu, Dua... Dia?

Ariel dan Erysha (kanan) digandingkan dalam drama Satu, Dua... Dia?

"Kalau lihat pada jari-jari yang kosong ini (cincin), maka belumlah (berpunya).

"Perjalanan hidup kita ini panjang. Adakalanya kita mengenali dan rapat dengan seseorang, tetapi bukanlah nak cakap mahu 'try and error' atau jadi playgirl.

"Cuma saya juga mahu mencari orang yang serasi dengan kita. Selagi jari ini belum bercincin, jadi belumlah kot," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain