suria

Masih trauma selepas kemalangan, Ezzanie Jasny fobia pandu kereta

Ezzanie fobia untuk kembali memandu kereta.

PELAKON Ezzanie Jasny mengakui masih trauma dan fobia untuk memandu kereta selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Januari lalu.

Ezzanie atau Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 26, berkata kejadian tersebut memberi kesan sehingga dia masih belum berani untuk memandu sendiri. 

Kata Ezzanie, buat masa ini dia lebih selesa meminta bantuan pembantu peribadinya untuk memandu kenderaan. 

Ezzanie menerima rawatan di hospital selepas mengalami kemalangan.

Ezzanie menerima rawatan di hospital selepas mengalami kemalangan.

"Saya trauma, fobia dan tidak berani memandu kereta buat masa ini. Saya akan minta bantuan pembantu. 

"Kadang kita sudah cukup berhati-hati, tapi disebabkan kecuaian orang lain, kita tetap berisiko kemalangan. Apapun, saya masih trauma," katanya kepada mStar. 

Ezzanie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa LOL Entertainment yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Damansara pada Rabu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun palsu fitnah agama Ezzanie Jasny, keluarga terima ugutan

ARTIKEL BERKAITAN: Ezzanie Jasny hilang sabar, akaun palsu sebar fitnah berita kematian ahli keluarga

Dalam pada itu, Ezzanie memberitahu kecederaan yang dialaminya masih belum pulih sepenuhnya walaupun sudah beberapa bulan berlalu. 

Menurutnya, bengkak pada bahagian kepala masih belum sembuh sepenuhnya selain kerap mengalami vertigo.

"Bengkak di bahagian kepala masih belum pulih sepenuhnya. Ia tidak kelihatan kerana ditutupi rambut. 

“Apapun saya bersyukur kerana pendarahan yang saya alami bukan dalam otak, sebaliknya di luar tengkorak.

Saya pengsan semasa kejadian dan hanya sedarkan diri keesokan pagi. 

EZZANIE JASNY

PELAKON

“Cuma sekarang ini masih mengalami vertigo, lebih-lebih lagi ketika baring. Insya-Allah saya yakin keadaan akan pulih sepenuhnya nanti," ujarnya.  

Mengimbas semula detik cemas itu, Ezzanie berkata kemalangan berlaku secara tiba-tiba ketika kenderaan yang dinaikinya bersama ibu bapa dilanggar sebuah kereta di pekarangan rumahnya. 

Kongsi Ezzanie, dia langsung tidak mengingati insiden tersebut dan hanya sedarkan diri ketika dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor. 

"Kemalangan itu berlaku dengan cepat. Ketika kenderaan dinaiki saya dan ibu bapa mahu masuk ke pekarangan rumah, tiba-tiba muncul sebuah kereta dan melanggar kereta kami.

Ezzanie bersyukur dia dan keluarga selamat.

Ezzanie bersyukur dia dan keluarga selamat.

"Saya pengsan semasa kejadian dan hanya sedarkan diri keesokan pagi. 

"Rupanya ketika dirawat di Hospital Sungai Buloh pada malam sama, jururawat dan kawan-kawan cuba sedarkan saya kerana khuatir saya berada dalam keadaan koma," katanya. 

Pada 11 Januari lalu, Ezzanie terbabit kemalangan jalan raya bersama kedua ibu bapanya. 

Pelakon drama Dia Bukan Syurga itu bagaimanapun bersyukur kerana ibu bapanya terselamat dalam kejadian tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain