PENYAMPAI radio Suria FM, Kai Hassan berkongsi khabar gembira apabila isterinya kini sedang hamil lima bulan.Kai atau nama sebenarnya Abdul Karim Hassan, 31, berkata walaupun teruja bakal bergelar bapa namun dia mengikut nasihat ustaz supaya merahsiakan awal kehamilan isterinya, Azna Anowar. "Alhamdulillah, sebenarnya isteri saya l sudah trimester kedua. Saya sudah tahu sejak November tahun lalu, tapi atas nasihat ustaz kami rahsiakan dahulu dan lepaskan trimester pertama baru umum. Kai terkejut selepas mengetahui isterinya hamil."Insya-Allah isteri dijangka bersalin Julai depan," katanya ketika dihubungi mStar.Berkongsi pengalaman sepanjang tempoh kehamilan itu, Kai berkata Azna mengalami alahan teruk sehingga berat badannya sedikit menurun.Tambah Kai, pengalaman melayan kerenah mengidam isterinya juga menjadi antara detik manis yang tidak akan dilupakan.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ada yang ikut balik” - Kai Hassan terkena gangguan mistik, rasa cepat marah sampai bergaduh dengan isteriARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali tunai umrah, Kai Hassan sebak tengok Kaabah… Doa dikurniakan zuriat"Saya jadi kuat makan tapi isteri pula sebaliknya. Dia makin kurus dan berat badannya menurun. Itu belum lagi dia alami muntah-muntah."Kalau mengidam pula baru-baru ini pada pukul 2 pagi dia teringin nak makan pengat pisang,” luahnya.Dalam pada itu, Kai mengakui bersyukur apabila penantian selama lima tahun akhirnya membuahkan hasil dengan khabar kehamilan isterinya itu.Kai dan isteri sepakat rahsiakan awal kehamilan.Jelasnya, pelbagai usaha dilakukan sepanjang tempoh berkenaan termasuk menjalani rawatan moden dan tradisonal."Kami ada berjumpa doktor untuk tanya keadaan diri, tapi Alhamdulillah tiada masalah. Tahun keempat kami mula pergi bertemu ustaz untuk dapatkan rawatan sebagai salah satu ikhtiar."Tapi nak dijadikan cerita, kami sepatutnya melakukan IVF (persenyawaan in-vitro) pada November lalu tapi Allah punya kuasa, temu janji kedua sudah lekat. Kira kami tak sempat buat lagi," ujarnya.Untuk rekod, Kai dan Azna mendirikan rumah tangga pada 2021.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube