PELAKON Haneesya Hanee memberitahu dia merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) sejak di bangku sekolah susulan mengalami masalah dalam pembelajaran.Menurut Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 26, dia dikesan menghidap disleksia dan pernah mendapat pendidikan di sebuah pusat khas bagi kanak-kanak sepertinya. "Sejak darjah 2 atau 3 ibu saya bawa pergi jumpa doktor sebab saya ada masalah dalam pembelajaran. Saya sedikit perlahan.Status yang dikongsi Haneesya memberitahu dia pemegang kad OKU. "Doktor beritahu saya ada disleksia. Jadi saya pergi ke usat disleksia (sekolah istimewa) dan apabila ibu tidak mampu, saya masuk sekolah biasa."Di sana ada pendidikan khas di mana beberapa subjek saya perlu mengikuti kelas berbeza dan guru hanya mengajar saya seorang," katanya.Haneesya berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee tak kisah dikecam kerana kesilapan lalu, akui sudah berubah...“Saya bukan lagi budak 18 tahun itu” ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee tuntut bayaran tertunggak RM18,000, dakwa individu uruskan projek lesapkan wangPelakon ini memaklumkan dia perlu diberi perhatian lebih untuk subjek Matematik dan Bahasa Melayu ketika di sekolah rendah.Haneesya juga berbangga kerana menjadi antara pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).Dia dalam masa sama memaklumkan menerima banyak manfaat sebagai pemegang kad OKU dan meluahkan rasa syukur kerana keadaannya tidak menjejaskan orang lain.Haneesya meluahkan rasa kurang senang dengan isu pelajar memijak al-Quran. "Jadi dari sekolah lagi mereka suruh buat kad OKU sebab ada banyak manfaat. Alhamdulillah hidup jadi orang berguna juga," luahnya.Terdahulu, Haneesya menerusi satu hantaran video meluahkan rasa kurang senang terhadap isu pelajar lelaki yang didakwa atas pertuduhan memijak al-Quran.Dalam hantaran tersebut dia berkongsi tentang statusnya sebagai OKU namun masih mampu berfikir secara waras dan tidak melakukan sebarang tindakan sebegitu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube