suria

[V] “Ada yang ikut balik” - Kai Hassan terkena gangguan mistik, rasa cepat marah sampai bergaduh dengan isteri

PENYAMPAI radio Suria FM iaitu Kai Hassan mendedahkan dia terpaksa menanggung derita terkena gangguan mistik selama lebih sebulan selepas pulan dari aktiviti perkhemahan di Janda Baik, Pahang pada Julai lalu. 

Kai atau nama sebenarnya Abdul Karim Hassan, 30, berkata dia menanggung sakit hampir tiga minggu sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan melalui kaedah perubatan Islam di Melaka pada Ogos.

Cerita Kai, sepanjang dirawat dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri seolah mabuk dan mengakui terkejut dengan perubahan suara semasa proses tersebut.

Kai syukur bukan kerana buatan hasad dengki.

"Ustaz cakap tak ada kena mengena dengan buatan orang pun cuma lemah semangat sikit. Lepas balik dari camping ada yang mengikut balik rumah.

"Tapi Alhamdulillah dah buang, ustaz cakap dia suka ganggu masa Maghrib.

"Risau sebenarnya kalau ada yang berniat tak baik. Tapi Alhamdulillah tak ada siapa yang hantar cuma demam terkejut ini," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali tunai umrah, Kai Hassan sebak tengok Kaabah… Doa dikurniakan zuriat

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi Shiera di Suria Petang, Chiwan dan Kai Hassan menangis ‘hilang’ seorang kakak

Menurut Kai, sepanjang diganggu dia bukan sahaja mudah marah namun mengalami kesukaran untuk tidur malam serta terasa diperhatikan.

Lebih parah lagi apabila perkara itu turut memberi kesan pada keharmonian rumah tangganya bersama isteri, Azna Anowar.

"Mula-mula jumpa doktor, dia bagi ubat tidur saja. Tapi macam tak ada apa-apa perubahan. Itu yang pergi berubat sebab risau  cepat marah dan balik rumah jadi panas di kawasan leher.

Kai dan isteri bergaduh kerana gangguan mistik.

"Paling teruk sebab memang malas nak balik rumah jadi tak selesa sampai bergaduh suami isteri," ujarnya.

Sebelum ini, Kai berkongsi video memaparkan dirinya melalui proses rawatan Islam selepas berdepan gangguan tersebut.

Malah dia juga berkongsi perbualannya bersama perawat Islam yang menasihatkan dirinya agar mendekatkan diri dengan Allah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain