SELEPAS sebulan dibebaskan dari Penjara Narathiwat, Thailand, penyanyi Eda Ezrin tampil berkongsi pengalaman dirinya sewaktu bergelar banduan.
Menjawab persoalan pengikut di laman TikTok, Eda atau nama penuhnya Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, mengenang kembali tempoh sembilan bulan dia berada dalam tahanan.

Eda dibebaskan dari tahanan Penjara Narathiwat pada 6 Ogos lalu.
Antara yang menarik perhatian ramai adalah cerita penyanyi ini tentang banduan di sana dibenarkan untuk membeli barangan keperluan peribadi sendiri.
"Dalam itu, ada orang menjual.
"Yang penting ada duit dalam akaun, nak beli biskut, air bau (minyak wangi) dan make up," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen hukum tanpa tahu cerita sebenar, Eda Ezrin berlapang dada kena fitnah... “Saya dikhianati rakan sendiri”
ARTIKEL BERKAITAN: Eda Ezrin belum sedia nyanyi atas pentas, syukur banyak tawaran lepas bebas penjara... Kini lebih hati-hati pilih kawan
Dalam masa sama, penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Setandan Pisang ini juga memberitahu rutin harian tidak banyak berbeza dengan kehidupan di rumah.
Malah Eda juga menceritakan bagaimana dia menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan lalu.
"Kipas dan televisyen ada. Mandi sepatutnya lapan gayung je, tapi saya mandi air hujan sebab tak cukup air. Saya gosok gigi pun macam biasa seperti di rumah.

Eda kini terbuka berkongsi kisah di sebalik tirai besi.
"Puasa pula yang Islam diasingkan, cuma kena ambil makanan dan tulis makanan apa yang kita pilih," ceritanya.
Untuk rekod, Eda bersama suami dan empat individu lain didakwa memiliki 6,059 pil yaba (methamphetamine) pada November lalu.
Pada 6 Ogos, dia dibebaskan selepas lebih sembilan bulan ditahan di Penjara Pusat Narathiwat, Thailand.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


