suria

Risau peti suara 'koyak', Hafiz Suip syak akibat penggunaan berlebihan

Hafiz berjumpa doktor dalam memastikan pita suaranya berada dalam keadaan sihat.

PENYANYI Hafiz Suip mengakui bimbang dengan keadaan suaranya yang mula menunjukkan tanda-tanda keletihan selepas terlalu banyak menerima undangan persembahan sejak kebelakangan ini.

Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, berkata situasi itu berlaku kerana dia terlalu kerap menggunakan suara terutama selepas pulang daripada membuat persembahan di Jakarta, Indonesia dan Bintulu, Sarawak pada Ogos lalu.

“Saya rasa saya sudah terlebih menggunakan suara. Sepanjang bulan lalu saya terlibat dengan persembahan di Jakarta dan Bintulu. 

Hafiz risau pita suaranya koyak jika tidak dijaga dengan baik.

“Mungkin faktor tidak cukup rehat juga menyumbang kepada masalah ini,” katanya kepada mStar.

Tambah Hafiz, keadaan itu membuatkan dia agak risau sekiranya peti suaranya mengalami kecederaan serius sehingga 'koyak' kerana ia akan mengambil masa lama untuk kembali pulih.

“Sebenarnya saya agak risau juga, kalau terlalu memaksa bimbang peti suara koyak.

“Kalau perkara itu berlaku memang akan ambil masa lama untuk sembuh,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi persefahaman, Hafiz Suip tak nampak jalan kembali bersama bekas isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip beri bayangan konsert sulung, kali ini netizen tak kisah harga tiket mahal… “Ambillah duit saya!”

Bercerita lanjut, Hafiz tetap bersyukur apabila keadaan suaranya masih belum berada pada tahap kritikal.

Malah penyanyi lagu Terus Bersinar ini sentiasa mengingatkan diri supaya melakukan pemeriksaan kesihatan agar masalah suaranya dapat dikesan dan dirawat dengan segera.

“Alhamdulillah, apa yang saya tahu jika suara masih ada, ia belum lagi dalam keadaan terlalu teruk, harapnya begitu.

Konsert Hafiz bakal berlangsung pada 1 November depan.

“Buat masa sekarang apa yang boleh saya lakukan hanyalah pergi klinik dan buat pemeriksaan kesihatan dengan doktor,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Hafiz kini sedang giat membuat persiapan bagi konsert solo pertamanya di Kuala Lumpur. 

Konsert tersebut bakal berlangsung di Mega Star Arena pada 1 November depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia