SENTIASA kelihatan langsing dan bertenaga, pelakon Mira Filzah mendedahkan dia tidak mempunyai rutin senaman tetap kerana mengaku kurang disiplin dalam menjaga kecergasan diri.
Bagaimanapun Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 32, berkata, dia sering mengambil langkah berbeza untuk memastikan dirinya tidak culas ke pusat gimnasium.
“Saya memang tak ada rutin bersenam sebab saya tak berdisiplin bab itu.

Perkongsian Mira di Instastorynya.
“Apa yang saya selalu buat, saya ambil pakej banyak-banyak, contoh terus bayar 24 sesi personal trainer.
"Selepas itu bila malas, saya akan fikir balik… ‘eh aku dah bayar lah, sayangnya duit, membazirnyaaa’. Jadi saya akan gagahkan diri pergi juga,” katanya.
Mira berkongsi perkara itu menerusi sesi soal dan jawab bersama pengikutnya di Instastory pada petang Ahad.
Selain menggunakan khidmat jurulatih peribadi, kata Mira, dia juga mengikuti kelas pilates sebagai alternatif lain untuk kekal sihat dan cergas.
ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah tak terbawa-bawa watak isteri dicurangi suami, kepercayaan kunci rumah tangga bahagia
ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung dah masuk usia 3 tahun, Mira Filzah sedia terima rezeki cahaya mata kedua
Bagaimanapun, Mira mengakui sudah agak lama tidak bersenam kerana jadual kerja yang padat, namun kini bertekad untuk memulakan semula rutin kecergasan selepas tidak lagi terikat dengan penggambaran drama.
“Saya ambil personal trainer dan kelas pilates sahaja.
“Ini pun dah lama tak bersenam… Baru nak mula balik sebab dah tak terlibat dalam sesi penggambaran,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


