PENYANYI Nabila Razali mengimbau kembali kisah penuh emosi sebelum melahirkan cahaya mata pertama pada Disember tahun lalu.
Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 33, berkongsi kisah situasi ketika hadir ke persembahan penyanyi Misha Omar yang diadakan di Odeum At Jiospace, Petaling Jaya pada 21 Disember tahun lalu meskipun sedang sarat hamil 38 minggu.
Malah dalam perkongsian itu, Nabila sempat mengusik peminatnya apabila mendakwa adakah sejarah bakal berulang memandangkan Misha dijadualkan mengadakan konsert sekali lagi pada November ini.
"Saya blur sekejap bila dapat tahu tak dapat pergi konsert dan kena bersalin pada malam itu. Tak tahu hidup mati macam-macam dalam fikiran.

Netizen membuat spekulasi Nabila seakan memberi gambaran sedang hamil anak kedua.
"Tapi Allah Maha Besar, Alhamdulillah Muhammad pun dah 8 bulan dan Misha pun nak buat konsert lagi November ini.
"Adakah sejarah akan berulang November nanti? Pergi ke showcase Misha sebelum ini adalah keputusan terbaik pernah saya buat," katanya.
Nabila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menjengah di ruangan komen, ada di antara netizen yang membuat spekulasi bahawa kenyataan dimuat naik oleh penyanyi lagu Tangis itu seakan-akan memberi gambaran dia kini sedang hamil anak kedua.
"Adakah Nabila tengah hamil lagi?
ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali kongsi wajah Baby M, teruja sambut Aidiladha di Kelantan
ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali akui ChatGPT mudahkan pelajar, tapi tak boleh ganti peranan guru
"Nak keluar yang kedua (anak) ya, jadi lagi. Jaga diri Bella.
"Nombor dua ke? Semoga dipermudahkan segala urusan awak, tetap comel," tulis netizen.
Sebelum itu, Nabila mengimbas bagaimana dia mendapat tahu bayi dalam kandungannya tidak menunjukkan pergerakan seperti biasa sehingga doktor menyarankan agar penyanyi berkenaan dimasukkan ke wad pada malam itu.
Tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan persembahan Misha, Nabila memberanikan diri meminta kebenaran untuk pergi ke konsert Misha dengan syarat tidak bergerak terlalu aktif.

Nabila melahirkan anak pertama pada Disember tahun lalu.
"Termenung sekejap, keluar bilik doktor, saya duduk dan tunggu. Tak tahu kenapa hati ini nak juga pergi konsert. Lepas tanya suami, saya beranikan diri tanya doktor boleh ke nak pergi konsert dulu sebelum masuk wad.
"Doktor tanya konsert berdiri atau duduk? Dia pesan suruh saya berseronok tetapi jangan stres, jangan melompat pula. Punyalah saya teruja malam itu," katanya.
Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Nik Muhamad yang dilahirkan pada 23 Disember tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


