suria

Zizi Kirana kecewa, tampil bersuara isu artis sertai misi ke Gaza

Zizi Kirana, Zizi Kirana misi bantuan kemanusiaan, Zizi jawab artis wanita ke Gaza, bantuan kemanusiaan ke Gaza, Zizi ke Gaza

PENYANYI Zizi Kirana meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan penglibatan selebriti dalam misi bantuan kemanusiaan di Gaza. 

Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil, 40, berkata, dia terkilan dengan pandangan negatif netizen dan menjelaskan misi tersebut adalah untuk memberikan bantuan kepada saudara Islam di Gaza. 

"Sedikit kecewa dengan pemikiran orang-orang yang tak habis dengan pertikaian. 

"Pertikai kenapa artis pergi misi, belum lagi ada yang pertikai hukum wanita pergi misi. Dah terang-terang mufti bagi jawapan tak nak dengar.

Perkongsian Zizi yang dimuat naik di instastory miliknya.

Perkongsian Zizi yang dimuat naik di instastory miliknya.

“Alangkah lebih baik kita sama-sama fokus dengan misi kita nak bantu Gaza,” katanya. 

Zizi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Ahad. 

Dalam pada itu, Zizi memberitahu sebelum ini dia memilih untuk tidak mahu melayan kritikan tersebut namun kini terpaksa tampil bersuara bagi menjelaskan keadaan sebenar. 

Penyanyi lagu Eh ini turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan memohon doa agar urusan mereka sepanjang menjalankan misi bantuan itu berjalan lancar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana sertai misi ke Gaza, reda jika ‘tidak pulang’... “Kalau Allah izinkan syahid, itu anugerah”

ARTIKEL BERKAITAN: Genggaman sampai syurga, Zizi Kirana titip kata romantis buat Yusuf Bahrin... Selit doa pelindung orang tersayang

"Sebelum ini memang malas nak layan orang-orang yang pertikaikan keberadaan kami (artis) tapi untuk memanjangkan perkara ini Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Salam Malaysia  Musanuwayri terpaksa jelaskan perkara ini. 

"Kepada yang mendoakan dan sentiasa menyokong, terima kasih sangat. Semoga Allah balas segala kebaikan yang ada di dunia dan akhirat buat kalian. Teruskan berdoa dan sokong kami, itu sahaja," ujarnya. 

Pada 31 Ogos lalu, Zizi menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza Bersama beberapa aktivis dari Malaysia sebelum berlayar melalui Laut Mediterranean dengan puluhan kapal yang turut disertai oleh 44 negara terlibat. 

Kata Zizi, dia bersedia berdepan sebarang kemungkinan termasuk kematian sekiranya ditakdirkan tidak kembali ke tanah air selepas misi tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain