PELAKON Nurel Baharin mengakui berasa kurang selesa sewaktu menjayakan babak mencium pipi aktor Arfie Shah menerusi filem terbaharu lakonannya berjudul Kacau.Nurel, 24, bagaimanapun menjelaskan adegan tersebut hanya menggunakan teknik kamera selain dibuat dengan sekali percubaan sahaja bagi memenuhi tuntutan skrip dan arahan pengarah. Mengulas mengenai babak itu, Nurel berkata dia sudah meneliti skrip lebih awal dan mendapatkan pengesahan daripada pengarah sebelum bersetuju melakonkannya dengan kaedah sudut kamera.Nurel berkongsi perkara itu ketika ditemui media. “Sudah pasti saya tidak selesa, tetapi sebelum menjayakan babak tersebut semua pelakon sudah membaca skrip dan saya bertanya dengan pengarah, betul ke akan lakukan adegan berkenaan.“Pengarah memang minta adegan tersebut dilakukan. Jadi saya buat, namun menggunakan teknik kamera. Adegan cium pipi dan baring atas badan Arfie hanya dilakukan dengan 'one take' sahaja.“Semasa kelas lakonan, saya sudah berlatih banyak kali untuk menjayakan adegan berkenaan. Cuma ketika kelas, hanya saya seorang, membayangkan ada orang di hadapan saya,” katanya kepada mStar.Nurel berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Kacau di TGV KLCC pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Setahun kenal terus ajak kahwin, Nurel Baharin nikah minggu depanARTIKEL BERKAITAN: Nurel Baharin sah bergelar isteri orangTegas meletakkan garis sempadan dalam kerjaya seninya, Nurel memaklumkan dia tidak lagi akan menerima sebarang tawaran yang menuntut adegan bersentuhan atau intim memandangkan dirinya kini sudah bergelar isteri.“Nak kata saya seorang yang berani, tidak juga. Apa yang salah tetap salah. Selepas sahaja selesai adegan tersebut, Arfie kemudian bergegas ke set penggambaran lain, kami macam terus abaikan dan cuba lupakan.“Ketika penggambaran filem itu, saya masih single. Sekarang saya sudah kahwin dan berstatus isteri orang, jika ada adegan sedemikian lagi, saya tidak akan lakukan. Perlu menjaga batas,” tegasnya.Filem Kacau ditayangkan di pawagam bermula 12 November.Dalam pada itu, Nurel turut berpendirian setiap pelakon sama ada lelaki mahupun wanita wajar mempertahankan maruah dan prinsip diri meskipun ditawarkan bayaran lumayan untuk menjayakan sesebuah naskhah.“Saya rasa perkara itu sangat perlu, tidak kira pelakon lelaki mahupun wanita. Itu maruah, perlu dijaga terutama yang wanita.“Di Malaysia, perkara-perkara yang boleh mengundang salah faham atau menyentuh sensitiviti masyarakat perlu dielakkan. Apatah lagi sebagai seorang Muslim,” ujarnya.Selain Nurel dan Arfie, filem Kacau yang diinspirasikan daripada novel tulisan Ariff Adly itu turut dibintangi Idan Aedan, Kerisyah Kemal, Fimie Don dan Sadiq M. Jamil.