suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Setahun kenal terus ajak kahwin, Nurel Baharin nikah minggu depan

Nurel dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan tidak lama lagi.

SELEPAS setahun berkenalan, pelakon Nurel Baharin memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya pada minggu depan.

Nurel atau Nurelyana Baharin, 24, berkata keputusan untuk berkahwin dibuat selepas yakin dengan kesungguhan bakal suaminya yang tidak pernah berhenti berusaha untuk menghalalkan hubungan mereka.

Meskipun perkenalan mereka hanya dalam tempoh singkat, Nurel percaya lelaki berkenaan merupakan individu tepat untuk dijadikan teman hidup.

Kesungguhan bakal suami pikat hati Nurel. 

“Perkenalan kami amat singkat. Saya kenal dia selama setahun dan dalam tahun yang sama juga kami buat keputusan untuk berkahwin. Merisik pula dibuat pada November tahun lalu.

“Kesungguhan dia yang tak pernah berhenti untuk halalkan saya yang buatkan saya yakin dengannya. Dia sanggup jumpa keluarga. Hari kedua berjumpa sudah kenal ibu saya.

“Selang beberapa hari, dia jumpa adik-beradik saya pula. Dia ada rancangan sendiri bila hendak berjumpa orang terdekat saya. Keluarga saya tertarik dengan usaha dia,” katanya kepada mStar

ARTIKEL BERKAITAN: Nurel Baharin sudah dirisik, bakal bergelar isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Juara Dewi Remaja Nurel Baharin tak kejar populariti, jadikan Bront Palarae dan Nabila Huda sebagai ‘role model’

Nurel berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi ramah mesra bersama pelakon drama terbitan Viu, Ate Kome, I Love You! di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Bercerita mengenai perkahwinan pada usia muda, Juara Dewi Remaja 2023 itu mengakui perkara itu tidak pernah ada dalam perancangannya.

Malah, ibunya sebelum ini menyasarkan dia berkahwin pada usia 30 tahun, namun akhirnya akur apabila bakal suaminya berjaya meyakinkan keluarga dengan kesungguhan yang ditunjukkan.

Keputusan untuk berkahwin tidak menghalang kerjaya saya

NUREL BAHARIN

PELAKON 

“Saya tidak pernah merancang untuk berkahwin pada usia muda. Mungkin ini rezeki saya berjumpa dengan orang yang baik dan berpendirian, dia terus berjumpa keluarga.

“Perkahwinan ini adalah rezeki terbesar saya tahun ini. Keluarga mentua pun sangat baik dan ibu bapa saya memahami yang anak dia hendak kahwin pada usia muda.

“Pada asalnya, mereka mahu saya berkahwin pada umur 30 tahun. Tetapi sebab bakal suami tahu dengan apa yang dia mahukan dan berjaya meyakinkan ibu bapa saya,” ujarnya.

Nurel akan tetap aktif berlakon selepas mendirikan rumah tangga. 

Dalam pada itu, Nurel berkata perkahwinan bukan penghalang untuknya terus aktif dalam bidang lakonan kerana bakal suaminya sentiasa menyokong kerjaya yang diceburinya.

“Keputusan untuk berkahwin tidak menghalang kerjaya saya. Bakal suami mahu saya teruskan kerja dan tidak mahu saya berhenti. 

“Dia mahukan isteri yang bekerja. Jika mengenai anak dan sebagainya, semua boleh dirancang kemudian,” katanya. 

Sebelum ini, Nurel mendedahkan dirinya kini sedang melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan apabila berkongsi sudah dirisik oleh keluarga kekasih hati.

Bagaimanapun, Nurel memilih untuk tidak mendedahkan identiti bakal suaminya kepada umum.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain