suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nurel Baharin sudah dirisik, bakal bergelar isteri

Nurel tak mahu sorok status diri.

PELAKON Nurel Baharin mendedahkan dirinya kini sedang melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan apabila berkongsi sudah dirisik oleh keluarga kekasih hati.

Nurel, atau Nurelyana Baharin, 24, berkata keputusan untuk menamatkan zaman bujang dibuat atas kehendaknya sendiri tanpa sebarang desakan daripada mana-mana pihak.

Menurutnya, keputusan itu dibuat dengan penuh kesedaran dan keyakinan terhadap aturan hidup yang telah ditentukan.

Nurel (kiri) ketika bakal mentuanya menyarungkan cincin di jari manis.

"Ini adalah keputusan saya sendiri. Saya percaya pada rezeki Allah selepas perkahwinan dan setiap fasa kehidupan mempunyai aturan yang terbaik," katanya.

Bagaimanapun, Nurel memilih untuk tidak mendedahkan identiti bakal suaminya kepada umum.

Dalam pada itu, Nurel menegaskan statusnya sebagai bakal isteri tidak akan menjejaskan komitmennya dalam dunia lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Juara Dewi Remaja Nurel Baharin tak kejar populariti, jadikan Bront Palarae dan Nabila Huda sebagai ‘role model’

ARTIKEL BERKAITAN: Irfan Zaini 'diserang' peminat gara-gara watak berkesan

Sebaliknya, dia akan terus aktif menerima tawaran berlakon dan mengembangkan bakat dalam industri seni.

"Saya harap semua dapat terus memberi sokongan dan mendoakan yang baik-baik untuk perjalanan karier saya.

"Saya sangat bersyukur atas semua sokongan yang diberikan menerusi media sosial dan saya tidak akan berhenti menjadi anak seni yang sentiasa menghasilkan karya terbaik buat industri seni kita," ujarnya.

Sebelum ini, Nurel memuat naik foto memaparkan dirinya manis mengenakan baju kebaya berserta acara menyarung cincin dalam sebuah majlis tertutup sekali gus menjadi perhatian peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain