WATAK Faris lakonan pelakon Irfan Zaini menerusi drama Luka Di Hujung Setia berjaya mencuri perhatian penonton, khususnya dalam kalangan peminat wanita.Bagaimanapun, populariti watak tersebut mengundang situasi tidak dijangka apabila individu terdekat Irfan menerima panggilan dan mesej daripada penonton yang terbawa-bawa dengan jalan cerita drama berkenaan. Menurut Irfan atau Muhammad Irfan Mohamed Zaini, 30, nombor telefon pengurusnya menjadi sasaran peminat yang mahu meluahkan rasa geram terhadap karakter Faris.Mesej yang diterima pengurus Irfan."Saya okay saja sebab tahu mereka bergurau, bukan sampai mengganggu betul-betul. Mereka sekadar bertanya dan meluahkan rasa geram."Bila mereka sanggup cari nombor telefon pengurus semata-mata nak luahkan perasaan, maknanya watak Faris itu benar-benar menjadi dan sampai kepada penonton."Sebenarnya keluarga saya pun ada terima panggilan daripada penonton yang bertanya macam-macam," katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pegang kuat ajaran agama, ibu Irfan Zaini sukar terima anak jadi pelakonARTIKEL BERKAITAN: Filem terakhir Vijay jadi rezeki terbesar Irfan Zaini, muncul dalam treler ‘Jana Nayagan’Berkongsi lanjut, Irfan berkata, pada mulanya pengurus juga terkejut apabila menerima mesej berbaur kemarahan tanpa mengetahui ia sebenarnya berkaitan dengan drama lakonannya."Pengurus saya terkejut sebab orang itu terus mesej, 'Kenapa kau kacau bini orang?' dan macam-macam lagi."Saya beritahu dia semua itu disebabkan drama. Sebab itu saya ada buat hantaran di Threads dan minta semua bersabar," ujarnya.Dalam pada itu, Irfan menyifatkan reaksi penonton sebagai petanda positif bahawa watak Faris berjaya meninggalkan impak kepada penonton.Irfan berjaya membawakan watak Faris dengan baik.Malah, dia tidak pernah berkecil hati dengan komen atau kecaman yang diterima kerana menganggap ia membuktikan penonton benar-benar menghayati watak yang dibawanya."Memang itu tujuan drama ini, nak buat penonton tertanya-tanya apa yang akan berlaku selepas ini. Kalau tidak, bosanlah."Saya pun terkejut sebab pada mulanya ingat drama ini hanya ditonton golongan makcik-makcik atau keluarga di kampung. Rupanya ramai juga Gen Z yang mengikuti drama ini," kongsinya.Sebelum ini, Irfan berkongsi tangkap layar memaparkan mesej yang diterima pengurusnya daripada salah seorang peminat.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!