LAMBAKAN filem aksi dan seram di pawagam tempatan menjadi antara faktor yang mendorong pengarah Lim Siu Min menghasilkan filem romantik komedi berjudul Mojoku Hilang.Menurut Lim, walaupun genre itu dianggap lebih berisiko pada aspek kutipan tiket di Malaysia namun dia percaya penonton kini mahukan naskhah yang lebih ringan dan sesuai ditonton seisi keluarga. "Sebagai pembikin filem, sudah tentu rasa bimbang itu ada kerana ini adalah perniagaan dan kami juga bertanggungjawab kepada pelabur.Lim yakin Mojoku Hilang akan diterima penonton."Namun saya rasa pasaran kita sekarang sudah terlalu tepu dengan filem seram dan aksi. Penonton mungkin dahagakan sesuatu yang berbeza, sesuatu yang boleh ditonton bersama keluarga."Saya yakin tema kekeluargaan dan latar belakang kampung yang dibawakan dalam filem ini mampu membuatkan penonton berasa dekat dengan jalan ceritanya," katanya.Dalam pada itu, Lim berkata idea menghasilkan Mojoku Hilang sebenarnya sudah tersimpan dalam fikirannya sejak 10 tahun lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Koplove 'goyang' KL 1 Ogos depanARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri Hrithik Roshan bukan mata duitan, tidak terima nafkah RM220 jutaJelasnya, walaupun filem itu menyentuh elemen berkaitan Hari Raya Aidiladha dan lembu, mesej yang dibawakan bersifat universal serta boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat."Ia bukan sekadar tentang agama, tetapi mengenai iman, pengorbanan dan semangat komuniti."Saya mahu menghasilkan filem yang memberi harapan dan membuatkan penonton pulang dengan perasaan gembira," ujarnya.Lim sudah bawa Mojoku Hilang ditayangkan di luar negara.Tambah Lim lagi, tayangan tertutup yang diadakan di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat baru-baru ini, membuktikan mesej filem tersebut mampu menyentuh hati penonton antarabangsa."Penonton di sana yang bukan beragama Islam tetap dapat merasai emosi filem ini walaupun mereka tidak memahami konteks budaya kita sepenuhnya. Itu membuktikan emosi yang dipaparkan adalah universal," kongsinya.Filem Mojoku Hilang yang dibintangi Adipati Dolken, Mimi Lana, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Aziz M. Osman dan ramai lagi bakal ditayangkan di pawagam pada 23 Julai ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!