LEBIH sedekad berlalu, kisah perceraian pelakon Hrithik Roshan dengan bekas isterinya, Sussanne Khan, masih menjadi bualan meskipun mereka kini membawa haluan masing-masing.Antara yang terus diperkatakan ialah dakwaan Sussanne menerima wang berjumlah kira-kira RM220 juta sebagai nafkah perceraian. Tampil menepis segala tuduhan itu, kakak kepada Sussanne iaitu Farah Khan menegaskan perkara tersebut tidak pernah berlaku dan adiknya bukanlah seorang yang mata duitan.Hrithik (kanan) dan bekas isteri, Sussanne kekal menjalinkan hubungan baik selepas bercerai. "Satu perkara yang saya ingin tegaskan ialah tidak pernah wujud nafkah perceraian berjumlah RM220 juta. Hati saya sakit apabila melihat orang ramai di media sosial mengatakan jumlah itu dibayar dan Sussanne menjadi semakin kaya."Itu adalah satu pembohongan besar. Adik saya tidak mengambil apa-apa."Dia bukan wanita mata duitan. Dia seorang yang sangat berhemah," katanya dalam satu temu bual.ARTIKEL BERKAITAN: Bapa dedah Hrithik Roshan bijak tapi gagap, pernah kurung diri dalam bilik air sebab malu ARTIKEL BERKAITAN: Dah la bayar RM6,000, kena tunggu lebih 2 jam… Peminat hampa tak boleh jumpa Hrithik RoshanFarah juga memberitahu dia sudah beberapa kali meminta adiknya tampil menjelaskan perkara tersebut kepada umum, namun Sussanne lebih selesa memilih untuk berdiam diri.Dalam pada itu, dia menegaskan Sussanne dan Hrithik masih mengekalkan hubungan yang baik, termasuk dengan keluarga bekas adik iparnya itu.Untuk rekod, Hrithik dan Sussanne berkahwin pada 2000, namun rumah tangga mereka berakhir dengan perceraian 14 tahun kemudian.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!