suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak payah pergi penggambaran, pelakon veteran benarkan AI guna wajah muda... Seronok kembali jadi hero

Lawrence tidak menolak penggunaan AI.

BIJAK mengambil peluang, pelakon Hong Kong, Lawrence Ng memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) demi memperoleh sumber pendapatan baharu.

Berbeza dengan kebanyakan pelakon lain yang kurang bersetuju dengan penggunaan AI, Lawrence, 62, sebaliknya membenarkan pihak produksi menggunakan wajahnya ketika muda untuk dijana sebagai 'pelakon' baharu.

Menurutnya, kerjasama yang terjalin turut dibincangkan secara terperinci bagi mengelakkan sebarang masalah atau penyalahgunaan pada masa akan datang.

Wajah kacak Lawrence di usia muda menjadi kegilaan ramai. 

"Mereka menggunakan wajah saya untuk menghasilkan sebuah filem. Saya tidak perlu menjalani penggambaran. Saya telah melihat hasilnya dan berpuas hati," katanya.

Pelakon itu secara berseloroh berkata teknologi sebegini turut memberi peluang kepadanya untuk kembali memegang watak utama selain menerima bayaran lumayan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaehyun NCT buat peminat tak senang duduk, foto mesra bersama wanita rupanya sepupu sendiri 

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Mu Yeol pernah dapat gaji hanya RM500 setahun

Lawrence pada masa sama berpandangan positif dan menyambut baik penggunaan teknologi AI dalam penghasilan filem.

"Saya berpeluang merasa kembali menjadi hero. Bayaran yang diterima juga agak baik.

"Pada masa akan datang, saya hanya perlu duduk di rumah tanpa menjalani penggambaran. Kalau kaki patah pun tak perlu risau," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain