PENYANYI rap Korea Selatan, Dawn tidak merancang untuk terus aktif dalam dunia seni dan berharap dapat memulakan kehidupan baharu.Malah, Dawn, 32, yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Pentagon, meletakkan sasaran untuk bersara dalam tempoh lima tahun. Dalam masa sama, dia berharap namanya akan terus dilupakan oleh peminat apabila tidak lagi bergelar penyanyi.Dawn sudah menyusun perjalanan seni dalam tempoh lima tahun. "Apabila sudah bersara nanti, saya mahu nama saya segera dilupakan. Saya merancang untuk bersara dalam tempoh lima tahun."Saya juga mempunyai impian lain dalam tempoh lima tahun ini. Saya mahukan sesuatu yang baharu. Sebab itu saya mahu nama saya terus hilang," luahnya ketika tampil dalam sebuah program temu bual.ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri Eli U-Kiss dakwa wang saraan anak tak cukup ARTIKEL BERKAITAN: Jaehyun NCT buat peminat tak senang duduk, foto mesra bersama wanita rupanya sepupu sendiriPemilik nama penuh Kim Hyo Jong ini turut berkongsi kisah tentang pemilihan gelaran Dawn sebagai identitinya ketika mula terlibat dalam dunia seni."Ada ketika saya rasa tersalah memilih nama. Apabila membuat carian di internet, nama Dawn terlalu kerap muncul dan cepat hilang."Namun sekarang saya rasa itu satu perkara yang baik supaya peminat akan lebih mudah melupakan saya," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!