suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majlis konvo darjah 6 makin melampau... Wanita dedah cikgu guna ‘senjata halus’ kutip duit bayar kos hotel

Banyak sekolah menganjurkan majlis graduasi pada hujung tahun. -Gambar hiasan AI

MAJLIS graduasi melibatkan pelajar sekolah rendah semakin menjadi kebiasaan sehingga ia dianggap sebagai acara 'wajib' oleh sesetengah pihak.

Namun, ramai juga ibu bapa yang kurang bersetuju apabila diminta membayar sejumlah wang bagi menganjurkan majlis ini di hotel-hotel terkemuka.

Menurut seorang wanita, dia juga kurang senang dengan taktik licik pihak sekolah serta guru yang seolah-olah memaksa ibu bapa supaya membayar kos berkenaan.

SPM written test. SMK Seksyen 7, 1, Jalan Platinum 7/37, Shah Alam Shah Alam Selangor, Malaysia Rep: Sandya. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Segelintir ibu bapa tidak memiliki kemampuan untuk membayar kos graduasi di hotel. -Gambar hiasan 

"Aku tak setuju konvo darjah enam gah macam pelajar universiti. Aku angkat tangan, bangkang benda ni. Tahu tak macam mana sekolah jawab balik?

"Mereka ugut tak nak buat majlis. Maka, marahlah mak-mak kepada pelajar cemerlang sebab dah berhempas pulas untuk anak mereka naik pentas.

"Aku tetap boikot. Tapi cikgu pilih anak aku jadi penerima anugerah mata pelajaran terbaik pula. Jadi, tetap kena bayar kan? Licik tak?" kongsi individu itu.

  • Ibu kurang senang dengan penganjuran majlis graduasi untuk murid darjah enam.
  • Dia geram apabila diminta membayar wang untuk majlis graduasi di sebuah hotel.
  • Wanita itu mendakwa sekolah guna taktik licik untuk memaksa anaknya menyertai majlis itu.
  • Segelintir ibu bapa pula menyarankan agar majlis itu diadakan di dewan sekolah sahaja.

Menerusi perkongsian di Threads, ramai lagi ibu bapa turut menyuarakan hal sama, malah berharap agar ia tidak diteruskan pada masa akan datang.

"Rasanya darjah enam tak payah konvo. Biar konvo di universiti saja. Kita dulu habis tingkatan lima pun tiada konvo. Pelik-pelik je zaman sekarang.

"Saya kesian lihat ibu bapa yang tak berkemampuan dan tiada kenderaan untuk hantar anak ke hotel," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa datang tangan kosong, gadis keluar dewan konvokesyen terus hilang ‘mood’ tak dapat jambangan bunga

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ‘pergi’ pada hari graduasi, tak sempat tengok anak cemerlang naik pentas... Cikgu tahan sebak simpan berita sedih

Pada masa sama, orang ramai turut menyarankan agar majlis seperti ini diadakan di sekolah sahaja.

"Budak darjah 6 pun tak perlukan venue mewah untuk rasa dihargai. Dewan sekolah dengan persembahan yang simple pun boleh jadi memori yang sama indah.

"Apa guna ada dewan sekolah tapi tak digunakan untuk majlis begini? Geram tengok konvo anak sekolah rendah buat dekat hotel," tulis netizen lagi.

Artikel Lain