Seorang wanita ketakutan melihat kelibat lelaki berkain kafan di bawah pokok pisang berhampiran rumahnya. -Gambar hiasan AI
BERITA pemergian seorang lelaki dalam satu kemalangan jalan raya pada awalnya cuma meninggalkan duka mendalam buat penduduk di sebuah kampung.Namun, suasana sayu itu bertukar menjadi misteri dan menakutkan apabila pelbagai kejadian aneh mula melanda kampung berkenaan selepas tiga hari jenazahnya selamat dikebumikan.Lelaki dikenali sebagai Rahman itu meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah lori ketika dalam perjalanan pulang dari pekan. Jenazahnya dikebumikan pada malam kejadian selepas segala urusan hospital selesai.Tiga hari kemudian, penduduk kampung mula menghidu bau busuk seperti bangkai bercampur kapur barus.Peliknya, bau itu hanya muncul selepas Maghrib sebelum hilang menjelang subuh.Tidak lama kemudian, tiga ekor kambing milik Pak Karim ditemukan mati dalam kandang dengan bahagian perut terkoyak tanpa sebarang kesan haiwan liar.Isteri arwah, Salmah, turut mengalami gangguan apabila sering terdengar bunyi tapak kaki di ruang tamu dan ketukan pintu pada tengah malam.Namun, setiap kali diperiksa, tiada sesiapa di luar rumah.Kemuncak kejadian berlaku apabila Salmah ternampak seorang lelaki berdiri di bawah pokok pisang berhampiran rumah.Apabila susuk itu mengangkat muka, Salmah terus menjerit.Wajahnya menyerupai arwah Rahman, tetapi kulitnya pucat dan tubuhnya dibalut kain kafan yang kotor dengan tanah merah.Lebih menakutkan, anak mereka yang berusia lima tahun, Amir, turut mendakwa melihat kelibat bapanya itu."Ayah datang tadi. Ayah kata dia kesejukan dan sakit. Ayah minta ibu buka pintu," kata Amir.Salmah terus memeluk anaknya sambil menangis ketakutan.Gangguan semakin menjadi-jadi sehingga penduduk kampung meminta Tok Imam mengadakan pertemuan di surau.Ketika itulah Pak Salleh, penggali kubur yang menguruskan pengebumian Rahman, akhirnya mendedahkan sesuatu yang disembunyikannya."Semasa aku menimbus kubur malam tu, aku terdengar tiga kali bunyi ketukan dari dalam liang lahad."Kemudian ada suara memanggil nama aku dan merayu supaya dikeluarkan," katanya.Pak Salleh turut mendakwa melihat mulut jenazah Rahman seolah-olah terbuka ketika proses pengebumian."Aku takut nak cerita. Tapi suara itu masih terngiang-ngiang sampai sekarang," katanya.Malam berikutnya, Pak Salleh bermimpi didatangi Rahman yang berdiri di tepi kuburnya."Aku bukan nak ganggu keluarga aku. Tolong beritahu Salmah tentang beg di bawah katil,".Keesokan harinya, Pak Salleh menyampaikan pesanan itu kepada Salmah. Wanita berkenaan kemudian menemukan sebuah beg kecil berisi wang simpanan dan sepucuk surat tulisan tangan arwah suaminya.Surat itu mengandungi pesanan Rahman supaya wang berkenaan digunakan untuk masa depan anak mereka.Selepas beg dan surat itu ditemui, gangguan yang dialami keluarga Salmah semakin berkurangan. Bau busuk juga tidak lagi muncul pada waktu malam.Bagaimanapun, Pak Salleh masih dihantui kejadian ketika pengebumian tersebut."Sampai sekarang aku tak boleh lupa suara itu. Sebelum tanah menutup seluruh liang lahad, dia sempat sebut satu ayat."Salleh, jangan tinggalkan aku seorang diri," kata Pak Salleh mengimbas semula apa yang berlaku.