Isteri hamil memerlukan perhatian, sokongan dan kasih sayang suami, bukan tekanan untuk memenuhi kehendak pasangan. -Gambar hiasan AI
KEHAMILAN bukan penghalang untuk pasangan suami isteri menikmati hubungan intim, namun suami perlu memahami perubahan fizikal dan emosi yang dialami isteri sepanjang tempoh mengandung.Pengamal perubatan, Dr Ahmad Samhan menjelaskan hubungan intim ketika hamil secara umumnya selamat bagi kebanyakan wanita yang mempunyai kandungan normal tanpa komplikasi. Menurutnya, pasangan masih boleh bersama dari trimester pertama hingga ketiga selagi keadaan kandungan mengizinkan dan tiada larangan daripada doktor.Bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan yang memerlukan pasangan mengelakkan hubungan intim bagi mengurangkan risiko terhadap ibu dan kandungan.Antara keadaan yang memerlukan pasangan mengelakkan hubungan intim ketika hamil:1. Isteri mengalami pendarahan faraj yang belum diperiksa.2. Berlaku kebocoran air ketuban.3. Uri menutupi pangkal rahim (plasenta previa).4. Isteri mempunyai risiko kelahiran pramatang.Namun, Dr Ahmad Samhan mengingatkan suami bahawa kebenaran dari sudut perubatan tidak bermakna isteri sentiasa bersedia untuk melakukan hubungan intim.Ini kerana tubuh wanita mengalami pelbagai perubahan sepanjang kehamilan termasuk perubahan hormon, sakit pinggang, loya, muntah, gangguan tidur dan ketidakselesaan apabila perut semakin membesar."Walaupun hubungan intim selamat dari sudut perubatan, itu tak bermakna isteri sentiasa bersedia untuk bersama."Bayangkan, ketika hamil badan isteri sedang melalui perubahan yang besar. Hormon berubah, badan cepat penat, pinggang sakit dan perut semakin membesar," katanya.Justeru, suami diminta tidak mudah merajuk atau menganggap penolakan isteri sebagai tanda hilang kasih sayang.Sebaliknya, mereka perlu menghormati keadaan pasangan dan memahami bahawa isteri mungkin memerlukan rehat serta perhatian."Jadi, bila isteri menolak untuk bersama, jangan terus merajuk atau menganggap dia dah tak sayang."Mungkin dia terlalu penat. Mungkin badannya tak selesa. Atau mungkin dia cuma perlukan rehat dan perhatian daripada suami," katanya.Beliau turut menegaskan hubungan intim memerlukan kerelaan dan keselesaan kedua-dua pihak, bukannya dilakukan atas dasar paksaan."Jangan paksa isteri untuk bersama hanya kerana kita rasa itu tanggungjawab dia sebagai seorang isteri."Hubungan intim memerlukan kerelaan dan keselesaan kedua-dua pihak," jelasnya.Dalam pada itu, Dr Ahmad Samhan berkongsi beberapa perkara yang boleh dilakukan suami untuk membantu isteri melalui tempoh kehamilan dengan lebih selesa.Antara perkara yang boleh dilakukan suami ketika isteri hamil:1. Membantu melakukan kerja rumah bagi mengurangkan beban isteri.2. Mengurut belakang isteri jika dia selesa dan memerlukannya.3. Menemani pasangan berehat selepas melakukan aktiviti harian.4. Memastikan isteri mendapat tidur dan rehat mencukupi.5. Memahami perubahan fizikal dan emosi isteri sepanjang kehamilan.6. Tidak memaksa atau merajuk apabila isteri belum bersedia untuk melakukan hubungan intim.Menurutnya, kesihatan seksual bukan sekadar berkaitan kemampuan melakukan hubungan intim, sebaliknya turut melibatkan kepekaan terhadap keadaan fizikal dan emosi pasangan."Kadang-kadang, perkara paling romantik yang suami boleh buat ketika isteri hamil bukan mengajak dia bersama."Tetapi membantu kerja rumah, mengurut belakangnya, menemani dia berehat dan memastikan dia cukup tidur."Ingat suami, isteri sedang mengandungkan anak kita. Jangan tambah beban yang dia sedang tanggung. Jadilah tempat dia rasa paling selamat dan dihargai," katanya.