suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Baju orang bagi la...” - Wanita disindir pakai batik sutera ke pejabat, dianggap ‘style‘ khas geng cikgu

Baju batik sutera saling dikaitkan dengan status dan kemampuan seseorang. -Gambar hiasan AI

PENAMPILAN seseorang sering dinilai berdasarkan pendapatan, pekerjaan dan gaya hidupnya.

Maka tidak hairanlah apabila individu yang mempunyai pekerjaan 'biasa-biasa' sering disindir jika mereka tampil dengan pakaian berjenama ke pejabat.

Turut terpalit dengan sindiran serupa, seorang wanita terkilan dengan sikap beberapa rakan sepejabat yang tidak senang melihat dia menggayakan pakaian jenis batik sutera.

Baju yang masih cantik pasti akan diturunkan kepada generasi baharu. -Gambar hiasan AI

Baju yang masih cantik pasti akan diturunkan kepada generasi baharu. -Gambar hiasan AI

Lebih menggores hati apabila ada yang menyindir penampilan tersebut seperti seorang guru.

"Aku pakai baju batik sutera je, itu pun nak jadi isu. Katanya mengalahkan geng cikgu-cikgu," luahnya di Threads.

Terkilan dengan kata-kata sindiran rakan sepejabat, dia kemudiannya menjelaskan baji tersebut adalah hasil pemberian orang.

  • Seorang pelayar Threads rimas apabila penampilannya memakai batik sutera disindir kononnya ‘mengalahkan’ guru-guru.
  • Dia menjelaskan baju itu pemberian beberapa pesara kerajaan.
  • Seorang lagi pelayar berkongsi kisah ibunya menerima 30 pasang baju kurung sutera daripada suami sebagai hadiah selepas 30 tahun bekerja.
  • Menurutnya, seorang guru memperlekeh si ibu dengan mengatakan dia tidak mampu membeli pakaian mahal.
  • Pelayar itu mendakwa bapanya kemudian menyaman guru berkenaan, manakala ibunya terus enggan memakai baju sutera tersebut.

Malah katanya, baju tersebut milik individu yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai penjawat awam.

"Aku pakai baju orang bagi je pun. Makcik-makcik pencen kerajaan yang bagi.

"Jadi aku pakai je, bukannya nak melawa," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pertikai kualiti ‘intern’ zaman sekarang, asyik ‘mabuk’ nak bercinta! Ikut kepala sendiri masuk kerja 10.30 pagi

ARTIKEL BERKAITAN: Sikap berkira kakak ipar buat wanita meluat, mulut pula tak henti sindir orang! Pilih jauhkan diri sebelum bertukar ‘perang’

Hantaran itu mendapat perhatian warga maya yang menganggap wanita itu tidak perlu memperdulikan sindiran rakan sepejabat.

Malah ramai memuji wanita itu yang sebenarnya sedang mengangkat warisan dan budaya dengan memakai pakaian batik sutera.

"Semakin jarang orang nak pakai batik sutera dan hanya kaitkan fabrik itu dengan pekerja kerajaan! Jadi syabas kakak," antara komen netizen.

Artikel Lain