suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita pertikai kualiti ‘intern’ zaman sekarang, asyik ‘mabuk’ nak bercinta! Ikut kepala sendiri masuk kerja 10.30 pagi

Seorang pelatih industri perlu mempamerkan sikap yang baik dan berdisiplin bagi memperoleh penilaian yang baik daripada majikan. -Gambar hiasan AI

TEMPOH latihan industri bukan sekadar medan menimba pengalaman, malah menjadi peluang untuk pelajar membentuk disiplin, menunjukkan komitmen serta membuktikan kemampuan dalam melaksanakan tugasan.

Namun, jika seseorang pelatih itu bersikap sambil lewa sehingga teguran dan tunjuk ajar yang diberikan tidak membawa perubahan, ia pastinya menguji kesabaran pihak majikan.

Di Threads, seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap sikap pelatih industri di syarikatnya kerana didakwa mempunyai keperibadian yang sangat teruk.

Pelatih industri perlu menunjukkan sikap ingin belajar agar dapat menimba pengalaman dan ilmu baharu. -Gambar hiasan AI

"Tak fahamlah budak zaman sekarang. Intern, tapi datang office lambat. Sepatutnya masuk pukul 9 pagi, tapi dia datang 9.15 pagi. 

"Hari ni paling terkejut, pukul 10.30 pagi baru dia sampai," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Lebih mengecewakan, pelatih terbabit didakwa menghabiskan masa di pejabat dengan berbual bersama teman lelaki berbanding menumpukan perhatian terhadap tugasan.

"Kemudian dia hanya duduk dekat meja, gayut dengan boyfriend berjam-jam lamanya," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Staf senior pening kepala sikap pelajar intern... Datang pejabat tak buat apa-apa, main telefon sepanjang hari

ARTIKEL BERKAITAN: Budak intern dah tak tahan jadi ‘kuli batak’ beli makanan... Rakan hanya goyang kaki, beri alasan malas keluar sebab panas

Menurut individu itu, pihak syarikat hanya memberikan tugasan yang mudah untuk disiapkan, namun pelatih berkenaan tidak menunjukkan usaha bagi menyiapkannya sehingga melepasi tarikh akhir yang ditetapkan. 

"Kami bagi simple task iaitu buat video. Sudah inform deadline pun tak siap-siap sampai dah lepas deadlineIntern pun attitude dah teruk macam ni... bayangkan kerja nanti? 

"Jangan cakap tak tegur ya. Dah tegur banyak kali dan dah remind beribu kali pasal tugasan tu, dia angguk-angguk je tapi no progress! Dah sound pun tak lut," katanya.

  • Seorang individu kecewa dengan sikap pelatih industri yang didakwa tidak berdisiplin.
  • Pelatih itu didakwa kerap datang lewat ke pejabat.
  • Dia juga gagal menyiapkan tugasan walaupun sudah melepasi tarikh akhir.
  • Teguran dan peringatan berkali-kali dikatakan tidak diendahkan.
  • Netizen menyarankan isu itu dilaporkan kepada pensyarah untuk tindakan lanjut.

Rata-rata netizen turut melontarkan kecaman terhadap pelatih berkenaan yang disifatkan tidak menghargai peluang ketika menjalani latihan industri.

Ada antara mereka menyarankan individu berkenaan agar melaporkan kepada pensyarah supaya tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap pelatih terbabit.

"Report je kepada lecturer dia dan cakap dekat dia, rak payah datang dah... menyusahkan je. Dan tak payah sign report book dia nanti.

"Yang macam ni patut gagalkan je dia," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain