suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iktikaf masjid 24 jam demi kejar akhirat... Pemuda kecewa bapa abai tanggungjawab dunia atas tiket agama - “Mak saya pula kena kerja”

Seorang suami tidak sepatutnya mengabaikan nafkah untuk anak dan isteri. -Gambar hiasan AI

TANGGUNGJAWAB mencari nafkah sememangnya menjadi antara amanah terbesar buat seorang suami bagi memastikan keluarga tercinta dapat menjalani kehidupan yang selesa, stabil dan sejahtera.

Namun di sebalik tuntutan murni itu, seorang individu tampil meluahkan rasa kecewa yang mendalam apabila bapanya memilih untuk berhenti kerja sebagai pensyarah, ketika adik-beradiknya masih kecil dan sedang bersekolah.

Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, ramai warga maya terkejut selepas individu itu mendedahkan punca sebenar mengapa bapanya membuat keputusan drastik sedemikian.

Pergolakan dalam keluarga boleh mengganggu emosi anak. -Gambar hiasan AI

“Nak tahu tak, ayah aku berhenti kerja sebab dia nak fokus akhirat. Kami ada lima beradik, empat daripada kami masih bersekolah.

“Mak saya pula yang kena kerja sendirian sekarang. Adakah ini satu keputusan yang bijak atau melucukan?” luahnya di Threads.

Lebih menguji kesabaran, dalam hantaran yang sama, individu itu mendakwa sikap bapanya juga tidak seiring dengan watak alim yang cuba dibawa, malah sering menengking isteri dan anak-anak di rumah.

  • Seorang anak mendedahkan bapanya berhenti kerja untuk fokus akhirat.
  • Bapanya yang pernah bergelar pensyarah kini banyak menghabiskan masa di masjid.
  • Kini hanya ibunya yang bekerja, sedangkan adik beradiknya masih bersekolah.
  • Individu itu mendakwa bapanya juga seorang yang gemar menengking anak dan isteri.

“Ayah aku ni berpendidikan, belajar sampai peringkat master. Bukan saja kerja pensyarah, tapi ada bisnes juga.

“Sekarang semua dah tiada sebab nak kejar akhirat. Duduk masjid 24 jam, balik rumah masih baran, tengking anak bini,” dakwanya lagi. 

Hantaran yang menyentuh isu sensitif institusi kekeluargaan itu menerima lebih 1,200 tanda suka dan turut dihujani dengan ratusan komen daripada netizen yang bersimpati dengan nasib mereka. 

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak kerja, culas bayar nafkah tapi mampu pasang 6 skandal! Pecah tembelang lepas isteri periksa telefon masa tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak reda ‘ditunggang’ suami penganggur, sengsara lepas 6 bulan nikah! - “Zakat, belanja raya semua saya bayar”

“Jaga kebajikan isteri dan anak-anak pun satu ibadah. Sedihnya dapat ayah macam ni.

“Kadang orang ingat ibadah tu duduk sembahyang je. Orang lupa yang bekerja pun satu ibadah.

“Dia pentingkan diri sendiri. Sepatutnya kena seimbang dunia dan akhirat,” tulis netizen.

Artikel Lain