suria

Suami tak kerja, culas bayar nafkah tapi mampu pasang 6 skandal! Pecah tembelang lepas isteri periksa telefon masa tidur

Seorang isteri terkejut dengan sikap curang suami. -Gambar hiasan

SESEBUAH perkahwinan yang dibina akan teruji saat suami atau isteri diberhentikan kerja.

Lebih-lebih lagi jika si suami sebagai ketua keluarga menjadi ‘penganggur terhormat’.

Namun tanpa diduga, di sebalik hidup menganggur, tersembunyi pula sikap suami yang tidak disangka-sangka.

Begitulah yang dialami seorang wanita apabila tergerak hatinya untuk memeriksa telefon suaminya pada suatu malam.

Seorang isteri berdepan dengan ujian rumah tangga. -Gambar hiasan

“Hari ni saya terbangun malam, terdetik hati nak periksa telefon suami. Dapat pula unlock telefon dia. Rupanya belakang saya ada enam perempuan lain, memang aku pukul dia tadi.

“Lepas tu saya chat dengan semua perempuan tu dan mereka tahu je suami saya dah kahwin. Rasa nak pukul juga la minah-minah tu,” katanya membuat pengakuan.

Menerusi satu luahan di laman X, wanita itu sebenarnya sudah lama mahu berpisah dengan suaminya disebabkan pelbagai faktor, dan kecurangan itu menguatkan lagi keputusannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tuntut cerai suami curang 8 kali siap langgan pelacur! Kenal lelaki baik ketika dalam idah, sayangnya dah ada isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘angau’, kejar janda tunangan orang! Tidur lewat sebab bermesej, dah tak nampak kebaikan isteri sendiri

“Saya memang nak cerai sebab dia kena buang kerja, jadi dah empat bulan nafkah memang tak ada. Saya rancang nak cerai terus sebab rasa tak layak diperlakukan sebegini.

“Suami merayu menangis tapi saya buat tak tahu je. Saya memang dah banyak kali cakap dengan dia kalau dia curang, saya akan angkat kaki,” ujarnya.

Suami kerap bermesej dengan wanita lain. -Gambar hiasan

Selain menamatkan hubungan dengan penceraian, wanita itu juga mahu menuntut segala hutang dan nafkah yang tertunggak daripada suaminya selama ini.

“Hutang masa majlis kahwin pun saya nak tuntut semua,” katanya lagi.

Duit pun tak seberapa kau nak ada sampai enam perempuan.

NETIZEN

Walaupun berdepan dengan ujian rumah tangga, dia menganggap terdapat hikmah di sebalik perkara yang berlaku.

“Alhamdulillah saya kuat je dengan dugaan. Ambil perkara ni sebagai pengajaran... memang nak berpisah sebab tak boleh bersama lagi dengan lelaki macam ni.

“Jika anda rasa ragu-ragu sikit dengan pasangan sebelum kahwin, tinggal je la. Tak payah bazir masa dengan dia,” katanya menitipkan pesanan.

Suami isteri sudah tidak lagi sehaluan. -Gambar hiasan

Selain menyuarakan simpati terhadap si isteri, netizen di ruangan komen rata-ratanya terkejut dengan kecurangan suami berkenaan meskipun bergelar penganggur.

“Duit pun tak seberapa kau nak ada sampai enam perempuan.

“Macam mana boleh sampai enam perempuan? Aku nak dapat satu pun susah. Modal rupa ke apa?

“Orang cakap lelaki diuji apabila ada duit. Ini tak ada duit, macam mana ni? Hang la kot ujian tu.

“Duit pun tarak (tak ada) tapi awek berderet. Ni mesti ayat manis tapi habuk pun tarak,” demikian antara komen netizen.

Malah, segelintirnya berpendapat bahawa tindakan lelaki itu juga kemungkinan mahu mempergunakan wanita yang didekatinya bagi kepentingan diri sendiri.

“Saya rasa dia minta duit dekat perempuan-perempuan tu sebab dia ada modal ‘mengayat’ (menggoda) je, bukan duit.

“Banyak ATM (mesin pengeluaran wang automatik) dia,” komen netizen yang merujuk si suami menjadikan enam wanita itu sebagai sumber kewangannya selain isteri yang bekerja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain