CABARAN seorang guru pada masa kini bukan sahaja berkaitan tugas mendidik, malah turut berdepan dengan sikap dan adab sesetengah pelajar.Seorang guru wanita berkongsi pengalaman disifatkannya sebagai titik terendah sepanjang bergelar pendidik apabila dia hilang kesabaran dan bertengkar dengan seorang pelajar. Menurutnya, dia pernah memarahi dan menjerkah pelajar berkenaan selepas berasa tidak dihormati akibat sikap kurang ajar remaja berkenaan.Segala ilmu tidak akan diberkati apabila kita tidak menghormati guru. -Gambar hiasan AI“Titik terendah saya sebagai guru ialah bila saya bergaduh dengan pelajar."Saya jerkah dekat budak tu, saya kata janganlah tak ada adab,” kongsinya di media sosial.Katanya, kejadian itu menyebabkan mereka tidak bertegur sapa selama tiga hari dan keadaan itu masih berlarutan sehingga kini.ARTIKEL BERKAITAN: Menu ayam habis licin, nasi lemak masuk tong sampah! Guru sedih murid RMT ‘picky eater’, rayu mak ayah jangan tipu maklumat gajiARTIKEL BERKAITAN: Diketawakan bagi sabun mandi sebagai hadiah Hari Guru, gadis sayu teringat dekat ibu - “Mak balut cantik-cantik”"Sekarang ini dia dengan kawan-kawan suka menyanyi lagu Kicau Mania depan saya, walaupun masa saya tengah mengajar kelas lain. “Pelajar itu dan geng dia duduk dekat luar kelas saya dan nyanyi Kicau Mania kuat-kuat. Tiap kali nampak saya, dia akan cakap Kicau Mania,” katanya.Perkongsian itu mengundang reaksi geram dalam kalangan netizen dengan menyarankan agar guru tersebut jangan memberi muka kepada pelajar biadap berkenaan.Guru mengaku hilang sabar selepas berdepan pelajar yang didakwa kurang adab.Pelajar didakwa sengaja menyanyi 'Kicau Mania' setiap kali terserempak dengan guru.Insiden itu menyebabkan mereka tidak bertegur sapa selama tiga hari.Perkongsian guru tersebut mengundang rasa simpati netizen.Netizen menggesa pihak sekolah dan ibu bapa mengambil tindakan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Psiko balik je cikgu. Sekali lagi dia buat macam tu, suruh budak-budak dalam kelas tepuk tangan kuat-kuat sebab tengok persembahan percuma."Saya pernah kena budak tiup plastik gula-gula. Saya berhenti mengajar suruh dia buat banyak kali sebab tak puas dengar. Lepas tu ajar dia tiup dalam bilik pengetua."Lapor ja dekat mak ayah dia. Bagi mereka rasa malu dengan perbuatan anak. Pastikan pengetua tahu isu ini dulu," komen netizen.