suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Setahun kereta kena lenjan keluar ‘lunch’... Individu penat jadi ‘driver’ tetap rakan pejabat, rasa dipergunakan

Keluar makan tengah hari bersama-sama rakan sekerja merupakan sebahagian daripada rutin ketika di pejabat. -Gambar hiasan AI

BERKONGSI kenderaan dengan rakan sepejabat untuk keluar makan tengah hari sememangnya menjimatkan selain dapat mengeratkan hubungan di tempat kerja.

Namun, situasi itu boleh bertukar menjadi beban apabila ada pihak seolah-olah cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan seseorang.

Itulah luahan seorang individu yang mendakwa sudah lebih setahun menjadi 'pemandu tetap' kepada rakan-rakan sepejabat setiap kali waktu makan tengah hari.

Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana rakan-rakannya enggan menggunakan kenderaan sendiri dengan alasan remeh.

ARTIKEL BERKAITAN: GF tumpang letak kereta di rumah, pemuda dicop kedekut oleh housemate sebab tak pelawa guna... Sanggup biar tersadai di parkir

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau ingat kereta ni gerak pakai niat?” - Wanita hilang sabar kawan tumpang tak hulur duit, penat jaga hati orang

"Dah setahun kereta aku jadi 'kereta awam' pergi lunch dan paling bodoh, officemate aku tak nak guna kereta dia sebab kereta dia makan minyak banyak," luahnya menerusi satu perkongsian di media sosial.

Tambah individu itu, dia mula berasa dirinya dipergunakan kerana bukan sahaja perlu memandu setiap hari, malah terpaksa menanggung kesukaran mencari tempat letak kereta setiap kali keluar.

Lebih mengecewakan, katanya, ada antara rakan meninggalkan sampah di dalam keretanya tanpa mengambil inisiatif untuk membuangnya sebelum keluar.

Menghulur 'duit minyak' atau membelikan sesuatu merupakan salah satu cara untuk berterima kasih kepada rakan yang menumpangkan kereta. -Gambar hiasan AI 

"Aku rasa dipergunakan. Dah la tiap kali masuk, keluar nanti sampah tak bawa keluar sekali.

"Lepas ini saya puasa je. Sebab penat dah drive, lepas tu cari parking lagi. Mereka elok je duduk scroll Threads," katanya.

Disebabkan sudah tidak tahan dengan situasi itu, individu berkenaan meminta pandangan warga maya mengenai cara paling sesuai menolak permintaan rakan-rakan daripada menggunakan keretanya setiap kali keluar makan tengah hari.

  • Seorang individu geram kerana menjadi 'pemandu tetap' rakan sepejabat untuk keluar makan tengah hari sejak lebih setahun lalu.
  • Rakan-rakannya enggan guna kereta sendiri dengan alasan kenderaan mereka kuat 'makan' minyak.
  • Dia berasa dipergunakan kerana perlu memandu dan mencari parkir.
  • Individu itu meminta cadangan warga maya agar tak terus dipergunakan.
  • Netizen menasihatinya supaya lebih tegas dan tidak lagi melayan permintaan rakan yang ambil kesempatan.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat dia perlu lebih berani menetapkan batas dan menolak permintaan tersebut secara baik agar tidak terus dipergunakan.

"Pergi lunch tempat yang tak perlu bawa kereta. Kalau mereka ajak, cakaplah kita naik Grab dan kongsi bayar. Janganlah baik tak bertempat.

"Tak payah bawa diorang. Simple. Kau keras, kau menang dan tenang.

"Berhenti jadi baik tak bertempat. Pergi lunch sendiri. Kenapa pula sampai nak kena bawa bekal hanya kerana nak elak mereka?" demikian antara komen netizen.

Artikel Lain