suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rahsia bersalin anak luar nikah terbongkar, pelajar dikhianati rakan sebilik... Tinggal satu semester nak ‘grad’ tapi dibuang universiti

Bukan semua rakan mampu menyimpan rahsia. -Gambar hiasan AI

SETIAP orang mempunyai rahsia yang disimpan apatah lagi ia mampu memberi kesan besar dalam kehidupan sekiranya ia diketahui umum.

Seorang wanita mendakwa dia dibuang dari tempat pengajian selepas rahsia mengenai kehamilan luar nikahnya terbongkar.

Menurut wanita ini, dia selamat melahirkan seorang bayi pada tahun lalu sebelum anaknya diserahkan kepada keluarga angkat kerana tidak mampu menjaganya.

"Tiada siapa pun tahu, dari awal mengandung sampai habis pantang, semua saya lalui seorang diri di asrama.

Buku pink wajib kepada semua wanita mengandung. -Gambar hiasan AI

Buku pink wajib kepada semua wanita mengandung. -Gambar hiasan AI

"Suatu hari, rakan sebilik jumpa buku pink saya. Saya cerita semuanya dari A sampai Z dan dia sendiri cakap jangan beritahu sesiapa, termasuk pensyarah," katanya.

Namun, wanita itu mendakwa rakannya yang berjanji menyimpan rahsia tersebut akhirnya mendedahkan perkara berkenaan sehingga pusat pengajian mengetahui kisah sebenar.

"Dia kata bukan nak jatuhkan saya, dia nak tolong. Sedangkan masa tu semua dah berlalu, anak saya pun dah besar dan sudah boleh berjalan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dengar boleh jadi baran!” – Bunyi kasut anak ‘cit cit’ di klinik kesihatan buat ramai panas, jururawat pun stres!

ARTIKEL BERKAITAN: “Mata jangan sampai naik putih!” - Ibu hamil datang KK buka buku ‘pink’ kali ketiga dimalukan jururawat, gurau lucah tak bertempat

"Sekarang saya dibuang dari tempat belajar. Lagi sedih, saya cuma tinggal satu semester lagi nak habiskan pengajian," katanya.

Wanita itu mengakui kesilapan yang dilakukannya, namun terkilan kerana kisah diceritakan dengan penuh kepercayaan akhirnya memakan diri.

Dalam pada itu, dia turut mendedahkan keluarganya mengetahui perkara tersebut dan sejak itu dia berdepan tekanan emosi sehingga mendapatkan rawatan psikologi selepas disahkan mengalami kemurungan atau Major Depressive Disorder (MDD).

  • Wanita dakwa dibuang tempat pengajian selepas rahsia kehamilan luar nikah terbongkar.
  • Dia mendakwa hanya rakan sebilik mengetahui kisah tersebut sebelum perkara itu tersebar.
  • Lebih terkilan apabila kejadian berlaku ketika dia hanya berbaki satu semester pengajian.
  • Wanita itu turut berkongsi tekanan emosi hingga mendapatkan rawatan psikologi.
  • Dia menasihatkan golongan muda menjaga maruah dan berhati-hati memilih kawan.

"Lelaki hamilkan saya hilangkan diri selepas beritahu saya tak datang bulan. Saya cuba gugurkan anak itu tapi rasa bersalah. Alhamdulillah dia lahir cukup sifat and sangat comel," katanya.  

Mengakhiri perkongsiannya, wanita itu menitipkan pesanan agar golongan muda menjaga maruah diri dan tidak mudah mempercayai sesiapa, termasuk rakan paling rapat.

"Kadang-kadang orang paling rapat itulah paling menyakitkan. Jaga diri, jaga solat, jaga maruah dan jaga air muka mak ayah.

"Untuk 'kawan' saya itu, saya takkan maafkan awak. Saya dah cuba tapi saya tak boleh. Sakit sangat," katanya.

Artikel Lain