suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas ditegur potong barisan... Anak sengaja minta maaf kuat-kuat, tak puas hati ibu ditegur - “Berdosa besar, mak kena jawab tau!”

Adab penting tanpa mengira usia. -Gambar hiasan AI

ADAB ketika berada di tempat awam adalah perkara penting perlu diamalkan tanpa mengira usia kerana ia melambangkan keperibadian seseorang.

Namun cerita seorang wanita, dia berdepan pengalaman kurang menyenangkan apabila berdepan sikap pelanggan yang memotong barisan di sebuah restoran.

Menurut wanita itu, kejadian berlaku ketika dia dan suami sedang menunggu giliran mengambil hidangan fish and chips sebelum seorang wanita warga emas mencelah. 

"Suami saya cuma sempat cakap dekat saya, yang, ada orang potong barisan pula sebelum disedari staf restoran yang kemudian menegur wanita itu.

"Pekerja tu tegur makcik ini makanan orang belakang, makcik kena tunggu ikut giliran," kongsinya di media sosial.

Anak seharusnya lebih bersikap terbuka apabila ibu bapa ditegur individu lain kerana melakukan kesalahan. -Gambar hiasan AI

Tidak lama kemudian, anak lelaki kepada wanita warga emas berkenaan tampil dan berulang kali memohon maaf dengan nada suara yang kuat.

"Dengan suara kuatnya maaf mak saya salah! Dia ulang benda sama banyak kali. Dia cuba buat kami suami isteri yang salah sebab tak bagi orang tua potong giliran.

"Makcik tu letak makanan itu semula tapi staf tegur makcik dah pegang, makcik kena ambil," katanya.

Menurutnya, anak wanita warga emas itu bagaimana pun berkeras meminta hidangan baharu dan beberapa kali mendesak kakitangan menyediakan set lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna ‘modal’ pelanggan tetap, wanita potong barisan nak beli nasi lemak... Pelanggan sedang beratur lega dengar jawapan peniaga

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tegur perangai ‘mak buyung’ di kedai viral... Sarat hamil bukan ‘tiket’ mudah nak potong barisan!

Bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang, dia dan suami memutuskan untuk mengambil sahaja hidangan yang telah disentuh wanita tersebut.

"Saya ingat dah selesai dekat situ, rupa-rupanya masa kami nak ambil popia, lelaki itu datang lagi.

"Dia cakap kuat-kuat dekat mak dia, Mak lain kali jangan potong barisan orang, berdosa besar mak, mak kena jawab tau'," katanya.

Wanita itu berkata ibu kepada lelaki tersebut hanya berdiam diri sambil memegang dulang makanan sepanjang insiden berkenaan.

  • Wanita kongsi insiden pelanggan potong barisan di restoran.
  • Anak pelanggan didakwa mencetuskan kekecohan selepas ibunya ditegur.
  • Pasangan itu memilih mengalah demi mengelakkan pergaduhan.
  • Lelaki terbabit didakwa terus memprovokasi walaupun isu selesai.
  • Netizen berpendapat lelaki itu cuba menutup rasa malu.

Menurutnya, dia dan suami memilih tidak membalas atau berdebat kerana ketika itu mereka sedang mendukung anak kecil dan hanya mahu menikmati makanan dengan tenang.

"Sebenarnya kami langsung tak bergaduh dengan mereka. Suami cuma bercakap dengan saya. Staf yang nampak kejadian dan menegur betulkan keadaan.

"Bila keadaan jadi kelam-kabut, kami pula yang mengalah dengan mengambil makanan yang makcik itu dah sentuh. Kami anggap semuanya dah selesai, tapi anaknya datang semula dan terus memprovokasi," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen menyatakan anak wanita warga emas berkenaan sememangnya sengaja berpura-pura menjadi mangsa keadaan kerana malu.

"Dia sentap nak tutup malu tapi salahkan orang lain. Biasa dah jumpa orang macam ni. Over betul anak dia, dah bersalah tapi tak nak mengaku kalah," komen warga maya.

Artikel Lain