suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita tegur perangai ‘mak buyung’ di kedai viral... Sarat hamil bukan ‘tiket’ mudah nak potong barisan!

Sesetengah restoran memberi keutaman kepada pelanggan hamil untuk memotong barisan. -Gambar hiasan AI

FENOMENA kedai makan penuh sesak gara-gara penangan 'viral' sememangnya sudah menjadi perkara biasa, sehinggakan pelanggan sanggup beratur panjang demi memenuhi selera.

Namun bagi sesetengah individu, tindakan memotong giliran atas apa juga alasan dianggap sebagai satu perbuatan yang mementingkan diri.

Ini kerana setiap orang yang berada di lokasi sama turut meluangkan masa dan tenaga untuk menunggu giliran masing-masing.

Menerusi satu hantaran tular, seorang wanita meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir ibu mengandung yang didakwa mengambil kesempatan untuk memotong barisan ketika mengunjungi premis-premis popular.

Sesetengah individu tidak hirau untuk memberi keutamaan pada ibu hamil. -Gambar hiasan AI

Menurut wanita ini, kehamilan bukanlah 'tiket mutlak' untuk seseorang menuntut keistimewaan, terutamanya jika premis berkenaan memang tidak menyediakan laluan khas untuk golongan berbadan dua.

"Hanya kerana seseorang itu hamil, orang lain tidak bertanggungjawab atau wajib memenuhi kehendak mengidamnya, kecuali pasangan (suami) yang sepatutnya membantu dan menjaga keperluannya.

"Jadi jika datang di tempat viral dan awak kena beratur, jadi beratur la. Kecuali jika memang ada disediakan laluan segera (fast lane) untuk awak," ujar wanita ini memberi pendapat.

Menurutnya, individu yang tidak mahu beratur sepatutnya meminta orang lain untuk menunggu giliran, bukannya terus memotong barisan dengan mengharapkan layanan istimewa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Alah, pregnant je pun!” – Ibu hamil terkilan disindir, pelanggan ‘bising’ tak puas hati pekerja restoran bagi potong baris

ARTIKEL BERKAITAN: Hari-hari ada kecoh, wanita hamil dapat ‘priority lane’ beli nasi Arab Cef Ammar jawab tuduhan potong barisan… Sanggup datang dari Melaka!

"Kalau tak nak beratur, minta pasangan awak, adik-beradik, famili atau personal shopper beratur untuk awak. Jangan mengada datang sendiri, kemudian buat muka tak bersalah potong barisan.

"Perlu bertimbang rasa dan common sense. Wanita sedang hamil ni bukan 'tiket' untuk awak potong barisan. Semua orang punya masa depan dan tenaga yang berharga," ulas wanita itu lagi.

Bagaimanapun, pandangan berani wanita tersebut mencetuskan perdebatan hangat dan mengundang pelbagai reaksi berbeza daripada netizen di ruangan komen.

"Bagi saya, ia soal kemanusiaan. Tak salah kalau kita beri peluang kepada wanita hamil untuk pergi dahulu daripada perlu beratur dan berdiri lama.

  • Wanita tak puas hati ibu hamil didakwa potong barisan di kedai viral.
  • Menurutnya, kehamilan bukan tiket untuk mendapat layanan istimewa.
  • Dia meminta wanita hamil beratur seperti pelanggan lain atau minta bantuan pasangan.
  • Luahan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
  • Ada yang berpendapat wanita hamil wajar diberi keutamaan atas dasar ihsan.

"Saya tak rasa salah untuk berbuat baik. Cuma wanita hamil juga sepatutnya meminta bantuan suami atau ahli keluarga untuk beratur jika ada yang menemani," ujar seorang netizen.

Selain itu, ada juga yang cuba memberi gambaran sekiranya berlaku keadaan di mana wanita hamil datang bersendirian tanpa ditemani sesiapa.

"Bagaimana kalau wanita hamil itu memang datang seorang diri dan tiada suami atau ahli keluarga untuk membantu? Kalau saya nampak wanita hamil, saya akan beri keutamaan.

"Lebih-lebih lagi kalau kandungannya sudah sarat. Jadilah manusia yang bertimbang rasa. Bukannya ada ramai wanita hamil dalam satu masa yang sedang beratur," tulis seorang lagi netizen.

Artikel Lain