Ada segelintir individu terpaksa mengetepikan rasa malu meminjam wang daripada rakan atau ahli keluarga demi kelangsungan hidup. -Gambar hiasan AI
KETIKA kita berada dalam fasa kos sara hidup meningkat, tidak semua individu berani berkongsi kesukaran kewangan yang dihadapi meskipun dari luaran mereka dilihat mempunyai kehidupan stabil dan serba cukup.Namun demi sesuap nasi untuk anak dan isteri, ego terpaksa ditolak ke tepi. Mereka tiada pilihan selain mengetepikan rasa malu demi mendapatkan bantuan daripada insan yang benar-benar dipercayai.Di Threads, seorang lelaki menceritakan pengalamannya menerima kunjungan seorang sahabat yang datang meminjam wang kerana berdepan kesulitan gara-gara perbelanjaan bulanan meningkat.Kos sara hidup yang semakin meningkat menuntut setiap keluarga melakukan perancangan kewangan dengan berhemah. -Gambar hiasan AI"Titik terendah seorang lelaki apabila terpaksa pinjam duit kawan sendiri, sambil tundukkan kepala sebab malu."Lebih buat aku sebak, dia ni bukan jenis susah. Kerja tetap, gaji okey, ada rumah, ada kereta. Dari luar nampak semua cukup," katanya.Mengimbas kembali pertemuan itu, pemilik hantaran memberitahu pada hari berkenaan sahabatnya datang ke rumah seperti biasa.Malah, mereka sempat berbual santai sambil menonton perlawanan bola sepak bersama-sama.Bagaimanapun, dia mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat raut wajah rakannya yang kelihatan begitu murung dan gelisah.ARTIKEL BERKAITAN: “Abah menangis sebab malu” - Kisah bapa terpaksa pinjam RM400 daripada anak baru dapat gaji pertama sentuh hati ramaiARTIKEL BERKAITAN: “Kau jangan risau, tunggu aku mati” - Kawan liat bayar hutang suruh tunggu duit hibah, masa hidup tak mahu pulangkan RM52,000!"Akhirnya dia luah juga. Aku nak pinjam duit boleh tak... bukan banyak. Cukup nak sambung sampai gaji masuk."Dia cerita, gaji sama je macam dulu, tapi semua benda lain dah naik. Barang dapur naik, ansuran naik, barang anak sekolah naik. "Yang (duit) masuk tetap, yang keluar makin banyak. Sampai hujung bulan jadi medan perang,"ceritanya.Tersentuh dengan situasi yang dialami rakannya, lelaki itu cuba memberikan kata-kata semangat dan mengingatkan bahawa masalah kewangan bukan semestinya berpunca daripada kegagalan seseorang menguruskan kehidupan.Seorang lelaki berkongsi kisah sahabatnya yang terpaksa meminjam wang untuk menampung perbelanjaan sebelum gaji masuk.Rakannya itu mempunyai pekerjaan tetap, rumah dan kereta, namun terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.Dia mengakui perbelanjaan bulanan semakin meningkat walaupun pendapatannya tidak berubah.Lelaki itu memberikan sokongan dan mengingatkan bahawa ramai turut berdepan situasi sama.Warga maya memuji sikapnya yang tidak menghakimi serta sentiasa membantu sahabat ketika susah.Ringkasan ini dijana oleh AI"Aku pegang bahu dia. Aku cakap... tak mengapa. Benda ni bukan sebab kau gagal. Ramai dekat luar sana pun tengah lalui benda yang sama."Kalau kau ada kawan macam ni, tanya khabar dia betul-betul. Kadang-kadang yang dia perlu bukan duit, tapi seorang yang tak menghakimi dia pada masa dia paling bawah," katanya.Perkongsian lelaki tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya mengakui pernah berdepan situasi serupa, sama ada sebagai individu yang meminjam wang atau pihak yang membantu rakan ketika kesempitan.Dalam pada itu, ramai turut memujinya kerana menjadi sahabat yang sentiasa hadir ketika diperlukan.Sifat empati yang ditunjukkannya dianggap sebagai contoh persahabatan sejati yang semakin sukar ditemui pada zaman sekarang.