Tidak semua lepasan SPM mempunyai kewangan kukuh untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi. -Gambar hiasan AI
MELANJUTKAN pelajaran ke institusi pengajian tinggi sememangnya menjadi impian ramai lepasan sekolah, namun tidak semua anak bertuah mendapat sokongan penuh daripada keluarga sendiri.Begitulah nasib dihadapi seorang remaja yang meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa ibu bapanya langsung tidak pernah mengambil berat mengenai perancangan untuk dia menyambung pengajian selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menurutnya, permohonan untuk mendapat tempat di beberapa institusi pengajian tinggi tidak berjaya, justeru dia sendiri memilih untuk tidak menyambung ke Tingkatan Enam kerana merasakan tidak mampu mengikutinya."Serabutnya fikir nak sambung belajar. Mak ayah aku sikit pun tak fikir fasal aku nak sambung mana. Permohonan Unit Pusat Universiti (UPU), program matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) tak dapat.Setiap individu mempunyai impian dan rancangan sendiri untuk masa depan mereka. -Gambar hiasan"Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) aku sendiri tolak sebab memang tak boleh carry. Apabila aku dah buat carian sendiri, dah tahu nak sambung pengajian dekat mana, mak tak izinkan pula. Alasannya fasal duit."Aku ni sejak Tingkatan Empat bayar yuran pengajian sendiri. Makan pun dicatu sebab tahu mereka berkira. Sejak SPM pun tak pernah aku minta duit mak ayah," luahnya.Bagaimanapun, individu berkenaan tidak mengulas lanjut mengenai sumber kewangan atau bentuk bantuan yang diterimanya bagi menampung kos pengajian dan perbelanjaan persekolahan selama ini.Dia turut meluahkan rasa terkilan kerana mendakwa ibu bapanya tidak pernah membuat sebarang simpanan atau perancangan pendidikan untuk anak-anak, walaupun sering membawa keluarga pergi bercuti.ARTIKEL BERKAITAN: Dah berusia, anak pun belajar di sekolah sama... Guru praktikal rimas diusik cikgu lelaki gatal - “Sorry tapi saya memang takkan senyum”ARTIKEL BERKAITAN: Dari SBP hingga sambung belajar ‘oversea’, ada je benda nak perlekeh... Wanita sedih pencapaian tak pernah dibangga mak ayah"Parents aku dua-dua kerja dalam sektor kerajaan. Kerja pun bagus tapi tak ada pengetahuan luas. Perancangan keluarga pun tak ada. Tak pernah fikir perlu buat simpanan sejak anak-anak kecil untuk masuk universiti."Tapi bab bercuti semua sibuk nak pergi... dengan alasan nak gembirakan anak. Sedangkan kau sendiri yang nak pergi. Lepas tu balik dari bercuti tak ada duit nak sediakan untuk perbelanjaan sekolah anak-anak."Macam tu la kehidupan aku sampai umur 15 tahun. Lepas tu aku dah buat kepala (keputusan sendiri) sebab dah nampak semua (realiti kehidupan)," ceritanya mengenai sikap ibu bapanya.Luahan jujur berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan nasib dan masa depan remaja ini kerana dilihat begitu bersungguh mementingkan masa depannya.Remaja kecewa dakwa ibu bapa tak rancang masa depan pendidikannya.Dia mendakwa membayar sendiri yuran sekolah sejak tingkatan empat.Hasrat sambung belajar pula ditolak ibu kerana masalah kewangan.Bagaimanapun, dia tidak menjelaskan sumber kewangan pengajiannya.Netizen bersimpati, namun meminta dia tidak menyalahkan ibu bapanya sepenuhnya.Ringkasan ini dijana oleh AISeorang individu berpendapat ibu bapa remaja terbabit mungkin bukan sengaja tidak mengambil berat, sebaliknya berkemungkinan kurang terdedah kepada pilihan pendidikan yang lebih pelbagai dan semakin berkembang ketika ini."Aku menyebelahi kau dan sangat faham perasaan tu. Zaman dulu, pilihan macam diploma atau TVET belum meluas, sistem pendidikan pun tak semeriah sekarang. Cabaran persaingan kerja dulu dan kini memang jauh berbeza."Apapun, aku sokong keputusan kau untuk sambung belajar. Walaupun terpaksa gerak solo, jangan sesekali lupakan keluarga. Apabila dah berjaya nanti, bantulah mereka," ujar seorang netizen memberi pendapat.