suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak perempuan kena ‘game’, adik-beradik lelaki berpakat tolak tuntutan bayar hutang arwah mak... Peguam pun tak boleh harap!

Perselisihan faham mengenai harta pusaka sering berlaku dalam kalangan adik-beradik. -Gambar hiasan AI

NIAT suci untuk membantu membersihkan nama keluarga selepas pemergian ibu tersayang bertukar menjadi dilema yang cukup perit.

Segala-galanya berubah apabila waris lain tiba-tiba bertukar fikiran berhubung tuntutan wang yang telah digunakan untuk melunaskan hutang-piutang arwah.

Menurut wanita ini, konflik bermula selepas dia dan kesemua adik-beradiknya mencapai kata sepakat untuk menjual rumah pusaka peninggalan arwah ibunya.

"Mak aku dah meninggal dua tahun lepas dan ada rumah pusaka, ada hutang dia yang aku bayar beransur-ansur.

Rumah pusaka sering menjadi punca perbalahan adik-beradik. -Gambar hiasan AI

Rumah pusaka sering menjadi punca perbalahan adik-beradik. -Gambar hiasan AI

"Baru-baru ini adik-beradik aku setuju untuk  jual. Mula-mula peguam yang kami lantik cakap boleh claim balik hutang-hutang yang aku selesaikan tu sebab aku bagi semua resit," luahnya di Thread.

Bagaimanapun, semasa proses penjualan berlangsung, tiba-tiba sahaja waris lelaki bertindak menukar pendirian dan menyatakan rasa tak bersetuju dengan tuntutan balik bagi penyelesaian hutang yang dibuat.

Lebih menggores hati, dia yang merupakan satu-satunya waris perempuan daripada tiga adik-beradik didakwa melunaskan hutang tersebut atas kerelaan sendiri.

Walhal, selama ini dia terpaksa bergolok-bergadai demi memudahkan 'urusan' arwah ibu mereka di alam sana.

  • Bayar hutang arwah ibu guna wang sendiri.
  • Peguam kata boleh tuntut semula dengan resit.
  • Waris lelaki bantah tuntutan tersebut.
  • Peguam dakwa tak boleh teruskan jika waris tak setuju.
  • Netizen minta dapatkan nasihat peguam lain.

"Semasa proses tengah berjalan, waris lelaki cakap tak setuju dengan claim dan mereka cakap tu kerelaan aku sendiri," ujarnya menjelaskan situasi rumit yang sedang dihadapi.

Menurut pengadu, perkara yang lebih mengejutkan dan membuatkan dia bertambah buntu apabila peguam yang dilantik sebelum ini seolah-olah mengiakan sahaja tindakan adik-beradik lelakinya itu.

"Peguam cakap tak boleh buat apa-apa kalau waris sendiri tak setuju," tambahnya yang buntu berhadapan dengan konflik tuntutan harta pusaka berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang ipar punca empat beradik berantakan... Bolot tanah pusaka, bina rumah sampai ‘makan’ bahagian waris lain

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah bercerai lepas dapat pusaka RM1 juta, setiap hari gaduh fasal duit! Anak pening kepala ibu ligat berhabis pada lelaki

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya meminta dia mendapatkan khidmat peguam yang lain.

"Hutang si mati wajib dibayar dengan harta sepeninggalan yang ada, selepas ditolak hutang piutang arwah barulah bakinya difaraidkan.

"Haram adik-beradik makan faraid atas hutang yang belum dijelaskan.

"Tak payah jual, biar je rumah tu mereput supaya sama-sama tak perlu dapat duit," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain