Menjaga ibu bapa yang uzur bukan satu hal yang mudah dan menuntut kesabaran tinggi. -Gambar hiasan AI
MENJAGA ibu atau bapa yang terlantar sakit bukanlah satu tugas mudah, lebih-lebih lagi apabila bebanan yang amat berat itu terpaksa dipikul seorang diri sehingga mengorbankan seluruh kehidupan peribadi.Demikian luahan pilu seorang wanita yang mendakwa sudah lebih dua tahun menjadi penjaga utama bapanya yang terlantar sejak 2023. Apa yang menyedihkan, tiada langsung sistem bergilir diwujudkan bersama adik-beradiknya yang lain.Menurut wanita itu, dia menguruskan segala keperluan bapanya sendirian termasuk menyuap makanan, menyediakan ubat-ubatan sehinggalah menguruskan kebersihan diri orang tuanya itu."Kami lima beradik. Tapi sejak abah bedridden, memang saya seorang saja jadi penjaga. Ada jururawat datang setiap hari tapi selama dua jam sahaja. Selebihnya saya yang jaga."Hari-hari angkat, suap makan, beri ubat serta uruskan najis dan kencing yang penjaga utama kena buat. Giliran jaga abah tak ada. Mereka ada berjuta alasan. Pergi bercuti boleh," ujarnya.Adik-beradik sepatutnya menggalas tanggungjawab menjaga ibu bapa yang sakit secara bergilir-gilir. -Gambar hiasan AIWanita itu mengakui dia sebenarnya memasang hasrat untuk memulakan kehidupan baharu bersama anak perempuannya selepas selesai menunaikan tanggungjawab menjaga bapanya sehingga ke akhir hayat.Bagaimanapun, wanita itu tidak menafikan bahawa dia sudah lama mengorbankan masa depannya sendiri demi mengutamakan bapanya, sehinggakan tiada lagi waktu yang tersisa untuk mengejar hobi, cita-cita, mahupun bersosial dengan dunia luar."Anggap jela saya dikulikan. Apabila saya ada masa terluang pun, saya dah jadi penat. Jadi apabila sudah habis penat tu saya sambung jadi penjaga abah pula."Nanti nak pindah jauh walaupun rumah sekarang dekat je dengan rumah ni. Ada rumah sendiri pun balik sekali sekala je. Bayangkan bil rumah saya bulan lepas hanya 60 sen je.ARTIKEL BERKAITAN: "Orang lelaki tolong jangan miskin" - Adik merungut, abang berduit minta tolong jaga ibu 'bedridden' bila 'nurse' upahan cutiARTIKEL BERKAITAN: Mental ‘koyak’, emosi kuasai diri 7 tahun jaga ibu strok... anak sanggup ulang alik Sentul-Bangi cari ilmu ‘kesabaran tahap tinggi’ - “Beban dulu kini jadi nikmat”"Nak tinggal abah lama tak boleh sebab adik beradik lain buat tak tahu je. Mak saya masih ada tapi dia pun dah tua sangat," katanya lagi.Luah wanita itu lagi, dia benar-benar ingin menuntut semula kehidupan yang telah dikorbankannya selama ini.Pada masa yang sama, dia turut dihimpit rasa bersalah kerana anak perempuannya juga terpaksa ikut berkorban demi membantunya menjaga si datuk.Luahan itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya memahami keletihan dialami penjaga utama pesakit terlantar."Faham kepenatan tu. Boleh ke waktu abah tidur malam tu, ajak kawan datang bermalam. Panggil orang mengurut, cuci rambut dan makan-makan. Untuk bagi awak berehat.Jaga bapa terlantar seorang diri, adik-beradik beri pelbagai alasan.Penjaga utama simpan hasrat mulakan hidup baharu.Ibu tunggal akui anak turut banyak berkorban.Penat fizikal dan mental, luahan wanita raih simpati.Hasrat pindah jauh selepas selesai tanggungjawab.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya tak nafikan. Jaga orang tua ni memang penat. Saya yang jaga orang tua hujung minggu saja ni pun dah rasa penat."Memang penat mental dan fizikal. Adik-beradik ramai tapi saya seorang je yang berjuang. Macam-macam alasan diberi apabila minta tolong jaga," komen beberapa netizen.Membalas salah satu komen, wanita itu berkata dia juga merupakan ibu tunggal yang perlu membahagikan masa menguruskan anak dan perniagaan kecil di samping menjaga bapanya."Di celah-celah tugas, saya uruskan anak dan bisnes kecil. Akhirnya diri sendiri pula tak terurus. Urut memang setiap bulan sebab hari-hari angkat abah, jadi pinggang, lutut dan kaki semua sakit," katanya.