suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Niat murni berbakti kepada mentua di kampung bertukar ‘tragedi’, wanita menyesal tak sudah! - “Boleh mental hadap semua ni”

Tidak ramai individu yang sanggup berkorban dan pulang ke kampung halaman demi menjaga orang tua. -Gambar hiasan AI

KEPUTUSAN untuk pulang berbakti kepada keluarga dan membina kehidupan yang lebih dekat dengan kampung halaman bukanlah satu perkara yang mudah untuk diputuskan.

Bagi sesetengah individu, perpindahan yang pada awalnya dilihat sebagai langkah terbaik akhirnya hadir bersama cabaran yang tidak pernah dijangka.

Demikian luahan seorang wanita yang mengakui masih bergelut menyesuaikan diri selepas mengambil keputusan pulang ke kampung yang terletak di sebuah negeri di Pantai Timur sejak empat tahun lalu.

Menurut wanita itu, kehidupan yang diharapkan lebih tenang dan membahagiakan bertukar menjadi pengalaman penuh tekanan sehingga menjejaskan emosi serta kesejahteraan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami rela hati balik raya kampung isteri, terluka dengan sikap ibu sendiri - “Banyak mak buat kami terasa”

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka balik kampung ziarah keluarga, rupanya kahwin lain! Anak kecewa bapa warga seberang bawa lari duit simpanan keluarga

"Segalanya berubah. Tekanan kerja dekat dengan keluarga ni another level! Aku boleh mental hadap semua ni," luahnya.

Tambah wanita berkenaan, dia sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk menyenangkan hati orang di sekeliling, namun tetap berdepan pelbagai tanggapan dan penilaian negatif.

"Berusaha sedaya upaya untuk menyenangkan orang sekeliling. Tetapi orang sekeliling masih judge

"Itu baru bab orang sekeliling, tak cerita lagi bab tak seronoknya kerja dekat sini," katanya.

Sikap dan penerimaan negatif individu sekeliling boleh menjadi punca seseorang menghadapi tekanan. -Gambar hiasan AI

Malah, dia mengakui kadangkala timbul rasa menyesal dengan keputusan yang dibuat, namun keadaan tidak memungkinkan untuk dia kembali kepada kehidupan sebelumnya.

Walaupun begitu, wanita tersebut bersyukur kerana kepulangannya membolehkan dia berbakti kepada ibu mentua yang memerlukan perhatian dan sokongan keluarga.

Namun menurutnya, pengorbanan itu kadangkala terasa kurang dihargai oleh segelintir individu di sekeliling.

"Memang betul dapat berbakti kepada mak mentua. Tapi tak menariknya orang sekeliling yang tidak begitu menghargai.

"Baru empat tahun, masih mencuba untuk suaikan diri. Semoga saya boleh belajar menerima hakikat," katanya lagi.

  • Seorang wanita luah rasa menyesal selepas ambil keputusan pulang mencari rezeki di kampung halaman.
  • Kehidupan yang diharapkan lebih tenang rupanya bertukar menjadi pengalaman yang penuh tekakan.
  • Bukan hanya berdepan pengalaman kurang menyenangkan dengan orang sekeliling, malah situasi sama dirasai di tempat kerja.
  • Dia menyesal namun akui sukar untuk berpatah balik.
  • Wanita itu bagaimanapun bersyukur kerana dapat pulang berbakti kepada ibu mentuanya.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan situasi yang dialami wanita berkenaan dan mengakui pernah melalui pengalaman hampir sama.

Menurut mereka, cabaran bekerja dan tinggal berdekatan ahli keluarga sememangnya berbeza berbanding menetap jauh kerana sering melibatkan pelbagai komitmen serta harapan daripada orang sekeliling.

"Saya sedang merasainya sekarang. Tak boleh buat lebih daripada orang ya. Ibaratnya, lebih pun kau kena, tak buat apa-apa pun kau kena.

"Pengalaman kenalan yang kerja kerajaan di kampung halaman. Pengakhirannya dia minta pindah semula ke negeri lain sampai pencen.

"Rasa orang lain-lain tak sama, cuma kita saling hormat cita rasa masing-masing, dengar dan belajar. Teruskan jalani kehidupan ini," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain