suria

Suami rela hati balik raya kampung isteri, terluka dengan sikap ibu sendiri - “Banyak mak buat kami terasa”

Segelintir pasangan bermasam muka kerana berebut giliran untuk balik beraya di kampung masing-masing. -Gambar hiasan AI

MENJELANG Aidilfitri 10 hari lagi, pasti ramai pasangan suami-isteri sudah mencapai kata sepakat untuk pulang ke kampung siapa tahun ini.

Ada yang mengikut sistem giliran, tidak kurang juga yang perlu 'bergaduh' terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Di Threads, seorang wanita berkongsi kisah suaminya memilih untuk pulang berhari raya di kampung mentua berbanding meraikan lebaran bersama keluarganya sendiri.

Dedah wanita itu, suaminya membuat keputusan itu kerana berkecil hati dengan ibunya berhubung beberapa perkara.

Sambutan Aidilfitri pastinya lebih meriah jika diraikan bersama keluarga sendiri. -Gambar hiasan AI

"Borak-borak dengan suami, tiba-tiba dia cakap tahun ini tak nak balik raya kampung dia. Rupanya dia terasa hati dengan maknya.

"Jadi tahun ini dia nak beraya di rumah mak mertua. Walaupun aku rasa happy sikit tapi sedih juga sebenarnya. Dulu kami rapat dengan keluarga belah suami.

"Tapi sekarang, banyak betul mak mentua buat kami terasa hati. Lelaki jarang bercerita tapi bila dia cerita, kasihan pula," tulis wanita itu.

  • Seorang isteri kongsi cerita mengenai giliran raya mereka pada tahun ini.
  • Dia berkata suaminya rela hati mahu beraya di kampungnya Mac nanti.
  • Keputusan itu dibuat kerana suaminya terasa hati dengan ibunya sendiri.
  • Wanita itu gembira dapat beraya di kampungnya, namun tetap simpati dengan suaminya.

Menjengah di ruangan komen, wanita itu tidak keseorangan malah ramai berdepan situasi sama.

"Sama cerita kita. Suami saya kecil hati dengan emaknya. Katanya tak mahu balik raya di rumah keluarga. Saya takut saya yang kena 'serang' nanti.

"Kita satu geng. Suami saya pun sama. Tapi sedih sebab dulu rapat. Disebabkan ada yang menghasut, sekarang dah tak okey," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sudah-sudah kampung dia! Wanita penat layan suami tak adil, giliran raya haji pun dirampas - “Penting sangat ke saudara dia?”

ARTIKEL BERKAITAN: Famili mentua suka ‘bolot’ suami, kawal giliran balik raya! Isteri malas layan drama, rela balik kampung asing-asing

Ramai turut memberi saranan kepada wanita itu agar menasihati suaminya tentang hubungan seorang anak dan ibu.

"Bagi sejuk dulu hati suami. Ingatkan dia, apa-apa pun, itu mak dia. Kena mengalah.

"Takut isteri pula disalahkan oleh mentua nanti," tulis beberapa netizen lagi.

Artikel Lain