kisah rumah tangga, bapa jadi spy, bapa intip bakal menantu, bakal menantu bujang, bakal menantu bukan suami orang
SETIAP bapa adalah cinta pertama bagi anak perempuan dan sudah semestinya lelaki itu akan melakukan apa sahaja yang terbaik buat si gadis manja mereka.Buktinya, seorang wanita berkongsi kisah bapanya yang melakukan siasatan sendiri terhadap bakal menantu, semata-mata mahu memastikan anak sulungnya tidak tersilap memilih pasangan hidup. "Perkara paling cool yang abah buat pasal perkahwinan kak long aku ialah, lepas teman lelaki dia merisik, abah sewa teksi dan jadi spy.Bertanya kepada beberapa orang jiran adalah langkah tepat mengetahui sikap sebenar seseorang. -Gambar hiasan AI "Abah mengendap rumah bujang yang dihuni teman lelaki kak long. Abah pergi rumah jiran sebelah dan siasat latar belakang," katanya.Menurut individu itu lagi, tujuan utama siasatan itu dibuat kerana bapanya tidak mahu anak perempuannya merana sekiranya tanpa disedari berkahwin dengan suami orang.“Abah nak tahu sama ada betul ke dia bujang seperti yang diperkenalkan. Abah tak mahu kak long merana kalau rupanya dia suami orang,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Ayah sanggup jadi 'spy', mahu pastikan bakal menantu lelaki bujang... "Tapi jawapan jiran mengejutkan" ARTIKEL BERKAITAN: Nak guna Proton Wira selamanya, mahu bertunang tanpa beri cincin... Wanita tinggalkan kekasih kedekut!Namun intipan dan siasatan itu bertukar menjadi salah faham apabila jiran kepada kekasih kakak yang ditemui memberi jawapan yang mengejutkan."Apabila ditanya, jiran tu cakap dia tu suami orang. Tapi rupanya, abah yang tersilap pilih rumah jiran. Maklumlah tak pernah jadi spy."Kebetulan ada dua orang mempunyai nama yang sama di situ. Individu di sebelah rumah jiran yang abang jumpa ni memang dah beristeri," katanya yang memaklumkan situasi itu berlaku pada tahun 1993.Seorang wanita berkongsi kisah bapanya yang menyiasat bakal menantu selepas lelaki itu datang merisik kakaknya.Bapanya menyewa teksi dan bertanya kepada jiran bagi memastikan lelaki tersebut bujang.Siasatan hampir tersilap apabila jiran menyangka lelaki bernama sama yang sudah berkahwin.Kekeliruan itu akhirnya terungkai apabila jiran menjelaskan bakal menantu tersebut sebenarnya masih bujang.Pasangan itu akhirnya berkahwin pada 1994, manakala kisah tersebut mendapat pujian netizen.Ringkasan ini dijana oleh AINamun nasib menyebelahi mereka apabila jiran tersebut mengenali penduduk sekitar dan segera membetulkan kekeliruan itu.“Rupanya orang di situ panggil teman lelaki kak long aku sebagai cikgu, dia menyewa selang lima buah rumah dari situ,” katanya.Menurut jiran berkenaan lagi, lelaki yang dikenali sebagai cikgu itu masih bujang dan dikenali sebagai seorang yang baik di kawasan tersebut.“Cikgu tu bujang encik, budaknya rajin solat di masjid,” kata jiran tersebut kepada bapanya.Selepas kekeliruan itu diselesaikan, hubungan pasangan tersebut akhirnya diteruskan sehingga ke jenjang pelamin pada 1994.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang memuji tindakan bapa wanita itu dalam memastikan anaknya mendapat suami yang baik."Kalau 2026 ni aku rasa ada bakal pak mentua dah terbangkan dron monitor bakal menantu, hack phone, pasang tracker kat kereta."Bagus juga idea ni, boleh buat untuk bakal menantu saya nanti," komen netizen.