SETIAP manusia biasa pasti tidak akan terlepas daripada melalui ujian dan cabaran dalam kehidupan.Bagi yang beragama Islam, kita harus yakin Allah SWT tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan mereka. Seperti kisah seorang pemuda di X, dia berdepan pelbagai 'runtuhan' dalam kehidupannya termasuk perniagaan diusahakan tidak menjadi dan mengalami kerugian.Lebih menambah tekanan, dia dikhianati pula rakan sendiri selain keluarganya berantakan disebabkan tekanan dan masalah dihadapi. Untung rugi menjadi lumrah dalam dunia perniagaan. -Gambar hiasan AIUjian dan dugaan itu hampir meragut perkara paling berharga dalam dirinya iaitu iman kerana sudah terlalu penat diuji."Bisnes aku sudah empat tahun tapi belum membuahkan hasil. Tak pernah untung, malah aku kena tikam belakang beberapa kali."Aku percayakan rezeki, aku percayakan Allah, tapi kenapa hidup aku berantakan? Kenapa orang bukan Islam lagi cepat kaya? Tolonglah aku. Aku buntu."Keluarga aku berpecah belah. Aku nak lari dari keluarga dan hidup ini. Kenapa aku kena macam ni? Allah nak suruh aku keluar Islam ke?" tulis pemuda itu.Lelaki tular selepas kongsi luahan hatinya yang pernah terdetik untuk keluar Islam.Lelaki itu mengalami tekanan gara-gara bisnes yang diusahakan mengalami kerugian.Dia juga hidup tidak tenteram kerana konflik keluarga.Netizen beri kata-kata semangat agar dia terus kuat untuk bangkit.Ringkasan ini dijana oleh AIMenjengah ke ruangan komen, ramai pelayar X memberi kata-kata semangat kepada pemuda itu agar dia tidak putus harapan."Itulah dugaan untuk kamu. Setiap kesusahan, pasti akan datang kesenangan. Banyakkan berzikir dan berdoa kepada Allah."Allah jentik sikit bagi kau dugaan. Bersyukur kita dapat dugaan, maksudnya Allah masih sayang dan pandang kita," tulis netizen.Pada masa sama, beberapa individu turut menyelar pemuda itu yang terlalu cepat berputus asa sehingga tergamak mahu meninggalkan agama.ARTIKEL BERKAITAN: Iman diuji ketika hutang menimbun... Lelaki terkejut jumpa beg duit perempuan di R&R Dengkil, sekelip mata RM5,000 ada dalam tanganARTIKEL BERKAITAN: Terkinja-kinja macam monyet, pemuda insaf selepas terpandang makcik Rela... Anggap Allah jentik hati ketika layan konsert rave"Daripada salahkan tuhan, lebih baik tengok balik bisnes kau tu. Empat tahun, sepatutnya dah ada banyak pengalaman."Umur 25 muda lagi, kenapa nak putus asa? Aku ni jatuh dengan hutang keliling pinggang, tak pernah terfikir nak murtad," tulis netizen lagi.Penjelasan Mufti mengenai lafaz murtad Menurut laman web Jabatan Mufti Selangor, lintasan fikiran tidak boleh membuatkan seseorang murtad atau terkeluar daripada Islam. Lintasan fikiran bukanlah suatu iktiqad atau kepercayaan. Maka, selagi seseorang itu tidak percaya dan berpegang dengan lintasan fikiran tersebut, selagi itu tidak dikira murtad.