Segelintir individu mula meninggalkan kehidupan lagha seiring peningkatan usia mereka. -Gambar hiasan AI
HIDAYAH Allah boleh hadir dalam pelbagai cara, sama ada melalui ujian atau peristiwa yang tidak disangka.Di Thread, seorang pemuda yang gemar menghadiri konsert berkongsi kisah perubahan dirinya selepas melalui satu peristiwa menyentuh hati. "Aku dulu kaki event rave atau pesta muzik elektronik. Sampai satu masa tu, sedang layan lagu sambil lompat-lompat macam monyet, tiba-tiba mata aku terpandang seorang makcik.Hidayah Allah boleh hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa. -Gambar hiasan"Dia merupakan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). Aku terus berhenti. Aku terfikir, andailah mak dan keluarga nampak aku (berhibur) macam monyet, mesti hati mereka sedih."Aku terus duduk tepi, tengok orang lain pula yang terkinja-kinja seperti monyet. Bermula dari situ, aku terus berhenti pergi segala event neraka sampailah ke hari ini," tulisnya.Dalam hantaran sama, pemuda berusia 30-an itu turut mendoakan mereka yang masih lagi hanyut agar diberi hidayah dan kesempatan untuk berubah.Pemuda kongsi cerita tentang dirinya yang suka menghadiri acara muzik.Hatinya terdetik untuk berubah selepas dia melihat seorang anggota Rela.Dia terus terbayang ibu dan keluarganya selepas melihat anggota itu.Netizen beri nasihat agar dia terus istiqamah dama perubahannya.Ringkasan ini dijana oleh AIMenjengah ke ruangan komen, beberapa lagi individu yang pernah memiliki hobi sama turut berkongsi kisah perubahan mereka."Aku dulu zaman gig, terkinja-kinja juga. Dah azan Maghrib tapi event tak berhenti. Aku terus tersedar dan pergi ke tepi. Terus cakap tak nak dah. Alhamdulillah, aku kira itu hidayah."Saya dulu habis beribu pergi rave di luar negara. Masa 2024, saya lihat orang overdose (OD) sehingga meninggal. Sejak itu, saya sedar," tulis beberapa individu.ARTIKEL BERKAITAN: Kaki ‘clubbing’ enggan kahwin selagi tak jumpa wanita solehah, dah ‘masak’ perangai perempuan suka berhiburARTIKEL BERKAITAN: Kasihan tak cukup hiburan, isteri izin suami pergi ‘clubbing’ dengan geng lelaki... Sudahnya menyesal dapat tahu ada ‘bunga’ sekuntum!Rata-rata pelayar Thread turut memberi nasihat kepada pemuda itu agar dia terus istiqamah dan tidak kembali ke kancah dosa silam."Itu tandanya Allah jentikkan hati supaya kau berubah menjadi yang lebih baik. Semoga terus istiqamah."Terima kasih makcik Rela jadi perantaraan," tulis beberapa netizen lagi.