Orang ramai dinasihati agar sentiasa memakai pakaian dalam yang masih berada dalam keadaan baik. -Gambar hiasan AI
SEORANG pelayar Thread berkongsi peringatan mesra kepada orang ramai agar memakai pakaian dalam yang masih elok setiap kali keluar dari rumah.Menurut wanita itu, kisah adiknya yang ditimpa kemalangan wajar dijadikan pengajaran agar setiap individu sentiasa memakai pakaian kemas dan bersesuaian walau dalam apa jua keadaan. "Jangan pakai seluar dalam buruk apabila keluar rumah. Adik aku sampai sekarang jadi bahan gelak sebab dia pakai seluar dalam serupa belacan semasa kemalangan.Seluar dalam yang lusuh sepatutnya dibuang dan tidak lagi dipakai. -Gambar hiasan AI"Hilang sekejap maruahnya. Yang lagi kelakar, masa dia dalam bilik pembedahan, ada staf hospital bagi baju seluar dia yang dah kena gunting dekat kami."Seluar dalam yang rupa belacan tu pun diberi dekat kami. Seluar dalam tu janganlah 'lenjan' pakai sampai bertahun-tahun ya," pesan wanita itu.Di sebalik pesanan yang dianggap melucukan itu, ramai netizen sebenarnya bersetuju dengan apa yang dikongsikan wanita tersebut.Wanita kongsi pesanan di Thread agar orang ramai sentiasa pakai seluar dalam yang masih elok.Dia berkata adiknya terpaksa tanggung malu apabila terlibat kemalangan dan dibawa ke hospital.Dia berkata adiknya memakai seluar dalam yang buruk sewaktu terlibat kemalangan itu.Beberapa petugas perubatan turut kongsi kisah mereka di ruangan komen hantaran itu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Mak saya pun selalu pesan benda sama. Apabila nak keluar, pakailah seluar dalam yang elok-elok."Selepas kahwin, banyak seluar dalam suami yang dah 'azab' aku suruh buang je. Aku beli yang berjenama, berkotak-kotak untuk dia," tulis netizen.Malah, beberapa individu yang bertugas dalam bidang perubatan turut berkongsi kisah masing-masing di ruangan komen hantaran itu.ARTIKEL BERKAITAN: Calon SPM kantoi simpan seluar dalam pakwe, bagi video 'free hair'! Kakak 'warning' BF adik berambut mullet - "Pergi cari orang lain"ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi hidu seluar dalam ketika membeli-belah... Wanita dapat surat amaran, nama kena ‘blacklist’"Ini betul. Dulu saya kerja jabatan kecemasan. Macam-macam jenis saya jumpa. Yang dalam pun kena pakai yang elok, takut hal macam ni berlaku."Saya juga kakitangan jabatan kecemasan. Salah satu langkah untuk rawat pesakit kemalangan adalah exposure. Maksudnya kena buka pakaian, terutamanya yang teruk sebab nak periksa badan."Dulu masa housemanship, ada makcik kemalangan. Dia pakai baju kelawar. Dia bisik dekat saya, dia kata tak pakai apa-apa kat dalam," kongsi beberapa individu.